Thursday, January 21, 2010

Ikan Keli super size

Nenek buta cipta sejarah tangkap keli 97kg
2010/01/21
LONDON: Seorang nenek melakar nama sebagai wanita Britain yang berjaya menangkap ikan air tawar terbesar selepas menewaskan ikan keli seberat 97 kilogram. TAK SANGKA...Sheila bersama pemandu pelancong, Dan Davies menunjukkan keli dikailnya sebelum ikan itu dilepaskan ke Sungai Ebro, Barcelona, semalam.

Sheila, 56, bersama suami, Alan, dan anak mereka, Arthur, dalam percutian di Sepanyol. Menurut Sheila, dia terpaksa diberi arahan oleh suami dan anaknya sebelum ikan itu ditewaskan 30 minit kemudian.

Keli itu juga mencatat rekod sebagai ikan terbesar pernah ditangkap wanita di Sepanyol. Menurut Sheila, dia hanya menyedari betapa besarnya ikan itu selepas melihatnya dari depan. “Pengalaman melawannya memang memenatkan tetapi kepuasan memang tidak dapat digambarkan,” katanya.

Menurut Sheila, kejayaannya itu membuktikan bahawa buta tidak menghalang sesiapa mencipta rekod. Berasal dari Wandsworth, London, Sheila mengisi cuti dengan menyusuri Sungai Ebro, Barcelona. Ikan sepanjang 2.5 meter itu kemudian dilepaskan ke sungai sebaik saja aksi Sheila dirakam kamera. - Agensi
dikopi paste dari harianmetro.

No comments:

Post a Comment