Monday, July 13, 2009

SERANGGOH PUOK DEMO

PETRONAS jangan jadi lembu

Dah 3 hari berlepas kata2 PM belum terungkai. dia kata PETRONAS akan jawab isu minyak kelantan. tunggu punya tunggu belum ada lagi ni. kenapa perlu PETRONAS jelaskan? kerajaan Malaysia mana?

apakah jawapan yang akan dikeluarkan oleh PETRONAS sekiranya apa yang dijanjikan oleh PM supaya PETRONAS yang tolong jawab? disini dah ada nilai penipuan yang akan berlaku.

PETRONAS, kau jangan jadi pak turut bodoh. jelaskan apa yang benar dan apa yang tidak. itu sahaja.

tapi kalau kau menjawab dan beri penerangan yang membabi buta.. bodoh la kamu. di sini jelas. rakyat dah tahu intipati perihal minyak kelantan.

kita tunggu ramai2 tentang penjelasan ini. wahai warga kelantan kita tunggu berita ini. kalau tak kuar penjelasan ini, maka terang benderanglah PM penipu dan cuba perbodohkan rakyat.

sekian

Thursday, July 2, 2009

Pemuda UMNO Kelate Tuunjuk Hero

Pemuda PAS sedia debat bila-bila masa
Irwan Muhammad Zain
Thu | Jul 02, 09 | 10:27:03 am MYT

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nashrudin Hassan Tantawi menyelar tindakan Pemuda Umno Kelantan yang mencabar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berdebat isu 'Umno sesat'. Iklan

Nashrudin menegaskan hanya Perdana Menteri layak untuk berdebat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Pemuda Umno Kelantan, tegas beliau, tidak layak untuk berdebat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

"Pemuda Umno Kelantan tidak perlu cabar Tuan Guru Nik Aziz untuk berdebat isu 'Umno sesat'.

"Bukan 'level' mereka nak berdebat dengan Nik Aziz sebaliknya hanya Perdana Menteri saja layak nak berdebat dengan Mursyidul Am," tegas beliau.

Justeru, beliau menegaskan jika benar Pemuda Umno mahu berdebat mereka boleh mencabar Dewan Pemuda PAS pada bila-bila masa dan di mana tempat sekalipun. - mks._

Wednesday, July 1, 2009

Menang tempat ke 2

Assalamualaikum semua..

27 jun 2009, sabtu, ayah jie keluar umah awal pagi lagi nak cari kuih muih dan nasi lemak untuk keluarga untuk santapan pagi. 7.30 pg.

ada satu pasar tani sebenarnya kat rumah ayah jie. dekat jer, jalan kaki pun sampai, lebih kurang 80 meter sahaja dari rumah sewa ayah Jie. bunyi bising orang pakai mikrophone memeriahkan lagi suasana.

rupa2rupanya FAMA ada buat pertandingan di pasar tani tu sempena hari bapa. macam2 pertandingan mereka anjurkan, salah satunya kopek durian (koyok driae). ayah jie dengar dari jauh mereka tak cukup 2 orang lagi untuk mulakan pertandingan koyok driae.. hehehe.

apa lagi ayah jie pegi je join dan ada lagi sorang join pertandingan koyok driea sempena hari bapa. ayah jie kan pandai dan hero koyok benda alah ni. semesek je..heheheheehe.

dapat lah tempat ke2. hadiahnya sebakul buah2an tempatan, setto, mokte, drie dan 4,5 botol barang2 keluaran FAMA. sama jer hadiah tempat pertama dan ketiga. alhamdulillah.

apa lagi beraya lah kami sekeluarga dengan rezeki tersebut. sampai hari ni pun tak habis lagi. semalam masak bubur letak durian..

ok jumpa lagi.