Monday, March 30, 2009

Rasuah Tetap Rasuah

Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz
Salmah Mat Husain Sun Mar 29, 09 7:07:58 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Mac (Hrkh) - Biar pun Umno kini diterajui pemimpin lain, namun gejala rasuah dan salah laku dipercayai tidak akan berakhir, malah akan terus 'membarah'.
Iklan

Ramai percaya Umno akan terus berada di tahap lama biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.
"Walau pun pemimpin tertinggi parti itu telah bertukar tangan, namun kerana asas perjuangan tidak pernah berubah menyebabkan kepincangan akan terus berlaku dalam parti itu.
"Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir.
"Pertukaran pasukan dalam Umno hanya orang tertentu sahaja tetapi kereta masih yang lama (sekular) menuju ke destinasi dunia semata-mata," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Dan beberapa hari lagi bakal mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama.
"Ibarat kereta yang tidak ada break, maka kenderaan itu yang dinaiki pemandu dan penumpang baru tetap berada dalam bahaya," ujarnya ketika ditemui di sini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tiada apa pembaharuan yang dapat dirasai rakyat biar pun orang lain mengetuai Umno kerana haluan masih sama.
Menurutnya selagi parti itu terus membelakangkan agama, mengenepikan soal taqwa, mengasingkan politik dan agama, Umno akan terus bercelaru.
Kata beliau ia jauh berbeza berbanding perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan ketakwaan, di mana ahli-ahlinya mempunyai asas agama lebih kukuh.

"Kekuatan akidah pemimpin PAS dapat dilihat pada penggal lalu apabila diuji dengan tawaran sehingga RM5 juta supaya melompat parti mereka tetap tidak berganjak," ujarnya.
Sedangkan beliau berkata, dalam Umno tidak timbul soal pahala dan dosa sehingga menjadikan amalan rasuah menjadi perkara biasa.

Menurutnya Lembaga Disiplin Umno sebelum ini sudah memutuskan ada pemimpin Pemuda Umno yang didapati bersalah dengan rasuah, namun masih dibiarkan bertanding sehingga menang.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa hairan memandangkan Umno hanya mengagungkan pemimpin mereka pada waktu-waktu tertentu sahaja.
"Contohnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik menjadi perdana menteri lima tahun lalu beliau diagung begitu rupa sehingga menggambarkan bekas presiden Umno itu anak seorang ulama.

"Namun selepas Umno kecundang teruk pada pilihan raya umum lalu, beliau pula didesak supaya melepaskan jawatan," katanya. - mj _

Wednesday, March 18, 2009

Abdullah Kene Bomoh

Kerja bomoh bawah meja PM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mempersoalkan di Dewan Rakyat bagaimana kerja-kerja bomoh boleh berada di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di ibu pejabat Umno di PWTC.

Ketua Pembangkang menunjukkan laporan Sin Chew Jit Poh yang memetik Polis Dang Wangi yang menyatakan terdapat dua keping kertas bertulisan jawi dan kayu bersalut kain di bawah meja Presiden Umno itu.Dua keping kertas bertulisan jawi itu kemudiannya dihantar ke makmal oleh Polis Dang Wangi.Anwar mempersoalkan bagaimanakah kerja-kerja tahyul itu boleh melepasi kawalan keselamatan ke pejabat Presiden Umno.

Beliau juga mempersoalkan adakah para pemimpin Umno terlibat dalam kerja-kerja tahyul.Kerja-kerja bomoh itu, menurut Anwar, hanya terdapat di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sahaja dan tidak terdapat di bawah meja Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin lain yang mempunyai pejabat di ibu pejabat Umno itu.

Thursday, March 12, 2009

balik ke kelantan 7-9mac2009

alhamdulillah, ayah jie balik ke kelantan pada hari sabtu lepas. dan sambut maulidurrasul di kampung. malam 9mac=12 rabiulawwal ayah jie dan keluarga menyambut dengan berselawat di rumah sambil sembahyang hajat. semua sponsor dari cik na.

Ayah ja, ayah cik dan cikna jer yang balik. kita orang buat laksa. sedap oooo..... cik ta pun ada balik hari tu. buat bekwoh la katakan. jarang-jarang balik pun dapat jugak teserempak dengan bekwoh ni. alhamdulliah.

10 dan 11 ayah jie pegi bangi plak umah mak mertua. sama lah dengan ma dan abah kat kg, diorang nak tengok cucu yang dah boleh jalan.

begitulah ceritanya..

Tuesday, March 3, 2009

Stupid Joke!

Reasons why I never visit my rich friend! Once while visiting a very rich friend, the maid approached me and.....

Question : What would you like to have...? Fruit juice, Soda, Tea, Chocolate, Capuccino, Frapuccino, or Coffee?
Answer : Tea please
Question : Ceylon tea, Indian tea, Herbal tea, Bush tea, Honey bush tea, iced tea or green tea?
Answer : Ceylon tea
Question : How would you like it? Black or white?
Answer : white
Question : Milk, or fresh cream?
Answer : With milk
Question : Goat's milk, or cow's milk
Answer : With cow's milk please.
Question : Freezeland cow or Afrikaner cow?
Answer : Um, I'll just take it black.
Question : Would you like it with sweetener, sugar or honey?
Answer : With sugar

Gila Hp RM8.2 juta.

Telefon berlian berharga RM8.2 juta

RANGKAIAN aplikasi terbaru untuk produk keluaran Apple terkenal termasuk iPod akan dilancarkan tidak lama lagi. Dengan reka bentuk menawan serta bertatah permata kristal eksklusif Swarovski yang pastinya membuatkan penggemar gajet canggih tergila-gila mendapatkannya.

Harga runcit bermula antara AS$6,900 dan AS$26,900 (kira-kira RM25,160 dan RM98,100), para pengumpul koleksi produk Apple bukan sahaja berpeluang menukar jenama gajet kesayangan mereka itu kepada permata berharga, malah boleh memiliki rekaan Peter Aloisson tersendiri.

Ia baru dilancarkan pada akhir Januari lalu menerusi www.phonesandstones.com.

Telefon bimbit 3G terbaru Apple Kings Button dan dua versi mewah Nokia E51 pasti akan berebut `takhta’ sebagai telefon bimbit paling mahal pernah dikeluarkan.

Sentuhan kreativiti pereka produk mewah terkemuka dunia, Aloisson dengan tema gold only version (versi emas) dan rekaan menakjubkan bersama batu permata berharga.

Disaluti emas kuning 18 karat, emas putih dan emas ros, kombinasi reka bentuk eksklusif beliau terserlah pada tatahan 138 berlian berkualiti tinggi.

Namun ciri utama telefon bimbit ini adalah butang `home’ yang merupakan berlian luar biasa 6.6 karat, menunggu untuk pemilik bertuah membawanya pulang.

Nizar akan bertemu Sultan

Sidang Tergempar: Nizar akan bertemu Sultan
Johari Jaafar
Tue | Mar 03, 09 | 12:37:27 pm MYT

IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memberitahu akan bertemu dengan Sultan Perak dalam masa terdekat mengenai keputusan sidang tergempar yang mengesyorkan baginda membubarkan DUN. Iklan

Sidang DUN Tergempar yang terpaksa dibuat di bawah pokok kira kira 100 meter dari pintu masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah Speaker Dewan, V. Sivakumar bersama Adun Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke bangunan tersebut oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

Sidang dewan tergempar berjalan dengan lancar bermula jam 10.15 pagi tadi dan telah menjalankan mesyuarat ke empat penggal pertama serta meluluskan dua usul.

Usul pertama dibawa oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim, menyokong mengesyorkan pada dewan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah dan telah diluluskan oleh dewan dengan kesemua Adun Pakatan Rakyat menyokongnya.

Usul kedua dari ADun Teja Chan Lih Kang iaitu mengesyorkan pada dewan usul mengesyorkan pada Tuanku Sultan memperkenankan Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan usul berkenaan telah disokong swebulan suara.

Sidang tersebut dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri.

Ustaz Misbahul Munir yang dilantik sebagai Setiausaha Dewan telah mengendalikan sidang tergempar dengan baik.

Sementara itu Adun Sitiawan, Dato' Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menggantung Dato' Zambry Kadir dan enam exconya. Usul diterima sebulat suara.

Adun Pasir Panjang, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin telah mengusulkan dewan ditangguh jam 10.32 pagi pagi tadi. - azm _

Sidang tergempar DUN di bawah pokok

Sidang tergempar DUN di bawah pokok, Nizar mendapat undi percaya
Harakahdaily
Tue | Mar 03, 09 | 10:32:01 am MYT

IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi Iklan

Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir meyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara. - azm _

Monday, March 2, 2009

Jom balik ke Kelate

12 rabiul akhir makin dekat. maulidurrasul jatuh pada 9 march 2009 pada hari isnin. jadi sambung cuti sikit, boleh la balik. Banyak kali dah tak jadi balik. kali ni mungkin jadi la kot...hek hek hek.