Thursday, December 30, 2010

Bila Ada pemimpin PAS yang BODOH tak habis2.

HANGAT di merata blog pro PR tentang isu pertemuan pimpinan PAS dan Umno yang melibatkan Presiden dan Timbalan Presiden kedua-dua parti tersebut di Terengganu baru-baru ini. Lebih menarik lagi, diberitakan bahawa Mursyidul Am PAS juga diseret untuk menghidupkan kembali agenda `Kerajaan Perpaduan' yang di`haram'kan oleh Muktamar PAS yang terakhir.
Alhamdulillah, mengikut berita dari blog Malaysiawaves, Penarik Beca dan beberapa blog lain, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi menyelamatkan keadaan. Dan, usaha pihak berkenaan gagal samasekali. Persoalannya, benarkah berita ini?

Apabila kita disajikan berita seperti ini, mungkin ada yang percaya dan mungkin ramai yang tidak percaya. Maklumlah, PR khususnya PAS sedang menghadapi PRK Dun Tenang sebuah kawasan di Johor yang begitu kuat `Melayu'nya. Tentulah bagi mereka yang tidak percaya mengatakan itu merupakan satu agenda untuk meranapkan kerjasama PAS dengan rakan sekutu di dalam PR. Manakala, bagi mereka yang percaya berita ini mereka juga ada hujah dan dibuktikan dengan tulisan oleh YB Abdul Fatah Harun pemimpin PAS Kelantan di dalam Face Book nya.

Oleh kerana ada yang percaya dan ada yang tidak percaya, ramai yang was-was dengan berita ini, kita ingin bertanya pula apakah fungsi Harakahdaily? Mengapa media PAS yang sering menjadi rujukan rasmi ahli-ahli PAS serta penyokong-penyokong PR begitu lembab untuk menyiarkan kenyataan samada mengesahkan atau menafikan berita seperti ini? Peranan media rasmi seperti Harakahdaily mestilah menjaga nama baik parti dan memelihara ahli-ahli parti dari mempercayai berita yang mungkin sahih atau tidak. Justeru itu, Harakahdaily mesti mengeluarkan kenyataan walaupun sebaris ayat.

Jangan salahkan penyokong atau ahli jika mereka `tersesat' dengan berita-berita yang karut-marut, sedangkan media parti pun tidak peka dengan kehangatan isu ini. Mudah-mudahan Harakahdaily segera menjawab isu ini sebelum diperbesarkan oleh mereka yang tidak mengetahui hujung pangkal cerita sebenar

Thursday, December 16, 2010

aurat lelaki: lutut kebawah

kepada kengkawan yang pakai seluar pendek macam ni (bila duduk nampak lutut), sila tinggalkan. pakaian yang sebegini adalah untuk menyanjung masyarakat barat yang moral akhlaknya buruk. tirulah orang yang baik2 dikalangan kita berpakaian. nampak kemas, segak dan berakhlak mulia.

Monday, December 13, 2010

Penjawat Awam sangat gembira.. hahaha

Penjawat awam gembira sungguh-sungguh apabila harga petrol dinaikkan baru-baru ini.Mereka meminta Najib Penghisap Darah Rakyat Malaysia [Najib PDRM] menaikkan lagi harga bahan api itu ke tahap RM4.00 satu liter.

Harga bawang putih dahulunya RM1.80 sekilo. Sekarang RM10.00 sekilo. Dicadangkan supaya dinaikkan pada RM18.00 sekilo.Bawang merah RM1.60 sekilo - sekarang RM4.50 - cadangan RM12.50 sekilo.

Gula masih berada ditahap bahaya. Naikkan pada RM4.80 sekilo.
Tambang bas dan pengangkutan awam dikira rendah berbanding negara yang tamadunnya tinggi. Disyor dinaikkan kadar 40% lagi. Tambang bas RM40.00 naikkan pada RM56.00.

Naikkan kadar tol 45%. Ada negara yang tiada lebuhraya. Malaysia perlu bangga dengan kadar tolnya sendiri.
Tarif elektrik masih rendah dirantau Asia. Naikkan paling kurang 35%. Jika dulu bil elektrik berjumloah RM50.00, boleh jadi RM67.50.

Ayam berharga RM6.00 sekilo. Naikkan pada harga RM14.99 sekilo.
Yuran sekolah sekitar RM100.00. Mana ada sekolah di dunia kenakan yuran sebegitu rendah. Naikkan pada kadar RM888.00 seorang.

Yuran pengajian di universiti. Tak masuk akal langsung dikenakan RM40,000.00 seorang. Naikkan pada kadar yang lebih munasabah iaitu RM90,000.00 seorang.

Beras sekitar RM4.00 sekilo. Tanyalah Ismail Sabri Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - mana ada harga itu sekarang ni ? Naikkan pada harga lebih relevan iaitu RM11.90 sekilo.

Hospital masih kenakan bayaran murah. Ada cadangan sekali rawatan biasa dikenakan RM80.00.

Hampa pi tanya Rosmah Mansor, isteri Rais Yatim, bini Mahdzir Khalid, pi tanya penghuni istana, pi tanya ketua bahagian yang dapat projek berjuta-juta - berapa peratus sudah harga barang-barang melambung di pasaran ?

mereka boleh jawab ?
Minta isteri depa daftarkan laki-laki depa masuk jawi sekali lagi.
UMNO dan BN makan isi, orang kampung dan penjawat awam jilat tulang dan hirup kuah

dicetak dari muslimeen united..