Friday, February 27, 2009

Bergaya Dengan Basikal

Masa menetap kat Labuan dulu Ayah Jie penah masuk program Jom kayuh peringkat borneo. ada la kenangan berkayuh di labuan bersama staff disana. kitaorang berkayuh keliling pulau labuan. ada la dalam 2 jam lebih. tupun shor cut jalan. penat hoooiii.
gambar bawah ni bergambar sebelum bertolah. jam lebih kurang 6.30 pagi (kat labuan memang jam cepat tapi hari dah siang. geng ni hanya staf hospital labuan jer. dia kumpul seluruh borneo, termasuk sabah serawak, brunei dan kalimantan.
ok ayah jie chow dulu.

Bergaya Dengan Basikal

Masa menetap kat Labuan dulu Ayah Jie penah masuk program Jom kayuh peringkat borneo. ada la kenangan berkayuh di labuan bersama staff disana. kitaorang berkayuh keliling pulau labuan. ada la dalam 2 jam lebih. tupun shor cut jalan. penat hoooiii.
gambar bawah ni bergambar sebelum bertolah. jam lebih kurang 6.30 pagi (kat labuan memang jam cepat tapi hari dah siang. geng ni hanya staf hospital labuan jer. dia kumpul seluruh borneo, termasuk sabah serawak, brunei dan kalimantan.
ok ayah jie chow dulu.

Thursday, February 26, 2009

Cuaca JB tak menentu

Sekarang ni cuaca kat JB tak menentu berikutan hujan kadangkala lebat sangat. daripada cuaca hampir2 kemarau minggu lepas, tiba2 hujan lebat 3,4 hari ni. sekarang sejuk memanjang dan kadangkala sentiasa hujan dengan lebat.

setiap petang mesti hujan dan menggerunkan takut2 banjir kilat melanda yang pernah dulu berlaku di JB. Ayah Jie balik kerja mesti kena harungi hujan sebelum masuk kereta. semoga Alla melindungi makhluknya yang lemah ini.

sekian warta berita. heheh hek hek.

Cuaca JB tak menentu

Sekarang ni cuaca kat JB tak menentu berikutan hujan kadangkala lebat sangat. daripada cuaca hampir2 kemarau minggu lepas, tiba2 hujan lebat 3,4 hari ni. sekarang sejuk memanjang dan kadangkala sentiasa hujan dengan lebat.

setiap petang mesti hujan dan menggerunkan takut2 banjir kilat melanda yang pernah dulu berlaku di JB. Ayah Jie balik kerja mesti kena harungi hujan sebelum masuk kereta. semoga Alla melindungi makhluknya yang lemah ini.

sekian warta berita. heheh hek hek.

Kisah pelik hari Jumaat

Published by Kujie at 11:15 am under Lawak

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka. Perkara ini sangat membingungkan para doktor.

Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut…mungkin makhluk halus ada menetap disitu.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya beberapa orang doktor bersiap sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur.

Beberapa doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar…

pukul 08:00 pagi..

08:30 pagi …


08:49 pagi …


sehingga jam 9.00 pagi…

Tiba-tiba……

Pintu bilik ICU terbuka….

Masuklah Makcik Timah seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari Jumaat.

Makcik Timah masuk lalu mendekati katil keramat tersebut….


Dan terus mencabut soket elektrik untuk alat bantuan pernafasan agar dapat menghidupkan vacuum cleanernya….

heheh. cari lah sebabnya....

Wednesday, February 25, 2009

Peluang buat 3 Column

Alhamdulillah ayah jie sempat siapkan 3 kolumn dengan mengubah kod yang ada. sebenarnya boleh ambil mana-mana template yang ada kat website. tapi kadang2 dia error.

apabila kita melayari website tentang blog, dan kita berkenan template yang dia paparkan, kita boleh ambil. hari tu ayah jie dah tukar kepada 3 kolumn, tapi bila nak tukar semula ke 2 kolum dia error dan kita nak berbalik semula ke 3 kolumn pun dia error. masalah.

sape2 nak try boleh cari template dlm bentuk fail "XML". kalau tak error ok la.

yang ayah jie buat ni pakai guna kod yang diajar di laman
"http://tip-for-new-blogger.blogspot.com. cuma ayah jie tengah adjust dia punya kedudukan column supaya center. kena cari kod tertentu. (Under progress lahi)

cuba lah kalau nak berpengalaman sendiri. satu lagi kalau kita buat sendiri macamni , dia tak hilang widget yang kita dah muatkan dan lebih selamat.

sekian.

Peluang buat 3 Column

Alhamdulillah ayah jie sempat siapkan 3 kolumn dengan mengubah kod yang ada. sebenarnya boleh ambil mana-mana template yang ada kat website. tapi kadang2 dia error.

apabila kita melayari website tentang blog, dan kita berkenan template yang dia paparkan, kita boleh ambil. hari tu ayah jie dah tukar kepada 3 kolumn, tapi bila nak tukar semula ke 2 kolum dia error dan kita nak berbalik semula ke 3 kolumn pun dia error. masalah.

sape2 nak try boleh cari template dlm bentuk fail "XML". kalau tak error ok la.

yang ayah jie buat ni pakai guna kod yang diajar di laman
"http://tip-for-new-blogger.blogspot.com. cuma ayah jie tengah adjust dia punya kedudukan column supaya center. kena cari kod tertentu. (Under progress lahi)

cuba lah kalau nak berpengalaman sendiri. satu lagi kalau kita buat sendiri macamni , dia tak hilang widget yang kita dah muatkan dan lebih selamat.

sekian.

Tuesday, February 24, 2009

Perihal Kelantan DN

Kelate kito sedak duduk dok? sedak duduk tu memen la. tapi kene ingat ADUN melor tu. bakpo nteh cerai bini come2 pastu tok wi nafkoh pulok (dengar cerito) kalu lagu tu cari ore laing la Tok guru. Nate apo?

Dok?

Perihal Perak DR

Cerita negeri ni pun tak kesudahan. Mana raja perak? Mana Pegawai Istana? sepatutnya Pegawai istana perlu jelaskan dengan terperinci la. dikatakan surat yang menyuruh Ir Nizar meletak jawatan pun tak ada.(satu)

Raja atau wakil istana sepatutnya membuat persidangan media khas bagi mengulas kejadian tersebut atau menerangkan secara terperinci undang2 tubuh kerajaan negeri perak. tapi yang ditunggu-tunggu muka-muka UMNO je yang lebih-lebih komen. mana boleh berat sebelah la beb. duk sebut je undang2 tubuh tapi rakyat tak paham. (Dua)

Speaker mantap la beb. sekali lagi, Speaker mantap la beb. pandai menggunakan kuasa yang ada. MB baru terkencing tu. nak rujuk sape lagi. mandi kencing sendiri la tu. tak pikir habis-habis nak rampas perak. sepatut nya mereka kene cool. ni tak tamak dan haloba. (tiga)

pikir tiga tu jer dulu. dah nampak dak gila jawatan UMNO ni.

Perihal Selangor DE.

Pelik dan jangan percaya pada berita yang tidak boleh diterima akal. kerajaan yang dibentuk sudah berpuluh-puluh tahun, dan tahu selok belok pentadbiran, bersih sebersihnya.manakala kerajaan yang dibentuk tidak sampai setahun bermacam-macam tuduhan yang dilemparkan.

Cuba, anda perhatikan selok belok bank. macammana sesebuah bank menempatkan seseorang pegawai kanannya. hanya genap 5 tahun ia akan ditukar gilirkan dengan orang baru. ini bagi memastikan keadaan bank yang tidak boleh dimanupulasikan oleh orang/ pegawai kanan yang pandai mengambil kesempatan.

Macam inilah juga kerajaan, kalau dah lama memegang jawatan sudah tentu penyelewengan dan rasuah menjadi-jadi. mana mungkin kerajaan yang baru dibentuk mempunyai upaya sebegitu. mestilah kerajaan yang baru itu berhati-hati dalam menjalankan amanah, berhati-hati dalam segenap penjuru.

Berbalik kita pada hal kerajaan selangor, tuduhan SPRM dan saki baki UMNO tidak masuk akal lah wahai sedaraku. yang mngeluarkan kenyataan tuduhan itu plak Khir Toyo yang juga bekas MB selangor. Kan nampak tu jahat. pikir lah sendiri.

Monday, February 16, 2009

Abdullah diminta kekal jawatan PM

Mohd Nor Yahya

Mon | Feb 16, 09 | 12:06:48 pm MYT
PENGKALAN CHEPA, 16 Feb (Hrkh) - Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi diminta mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut. Iklan

Ini kerana PAS melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Abdullah usah mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu.

"Kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

"Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi," katanya.

Beliau ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur petang semalam.

Baru-baru ini Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong menghilangkan diri dan hanya muncul bersama Najib di Putrajaya bagi mengisytiharkan keluar dari Pakatan Rakyat.

Ekoran tindakan itu Najib mengadap Sultan Perak bagi membolehkan Menteri Besar BN dilantik.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.

"Saya tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

"Kalau di Kelantan perkara seperti itu kita katakan pekerjaan hantu raya yang menyembunyikan orang," katanya.

Oleh itu beliau berkata, Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

"Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Saya tak faham politik Umno sekarang," ujar beliau.

Katanya tidak menjadi halangan beliau terus kekal sebagai ketua kerajaan di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno.

Ditanya mengenai tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melengah-lengahkan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau sehingga mengambil tempoh 58 hari dianggap sebagai satu permainan politik.

"Saya tahu SPR boleh bertindak atas kuasa mereka tetapi apa yang berlaku sekarang tarikh penamaan calon dan pilihan raya ada kaitan dengan perhimpunan agung Umno Mac depan," katanya. - mj/mks. _

Thursday, February 12, 2009

Cara nak muatkan Kod widget

Assalamualaikum.

di sini Ayah Jie nak tunjukkan bagaimana sidebar atau widget dimuat turunkan. sebelum tu dapatkan kod widget yang diminati. contonya: Shout chat, Jam, kalendar, penunjuk bil pengunjung dan sebagainya. ini semua boleh didapati melalui blog-blog yang telah tersedia pasang kendian klik atau get the widget tersebut.
ada sesetengahnya tak perlu daftar dan ada kene daftar. tapi yang penting ia free.
salin kod/ copy kod yang diberikan dalam bentuk HTML.

kemudian buka blog anda dan cari paparan mcan gambar dibawah:

pastu paste je kat rungan yang ditunjukkan dibawah:

jangan lupa bagi nama, sebab kalau ada apa2 perubahan pada blog kita boleh remove kan.
contoh kod yang dipaste kan:

Selamat mencuba..
ayah jie ........

Cara nak muatkan Kod widget

Assalamualaikum.

di sini Ayah Jie nak tunjukkan bagaimana sidebar atau widget dimuat turunkan. sebelum tu dapatkan kod widget yang diminati. contonya: Shout chat, Jam, kalendar, penunjuk bil pengunjung dan sebagainya. ini semua boleh didapati melalui blog-blog yang telah tersedia pasang kendian klik atau get the widget tersebut.
ada sesetengahnya tak perlu daftar dan ada kene daftar. tapi yang penting ia free.
salin kod/ copy kod yang diberikan dalam bentuk HTML.

kemudian buka blog anda dan cari paparan mcan gambar dibawah:

pastu paste je kat rungan yang ditunjukkan dibawah:

jangan lupa bagi nama, sebab kalau ada apa2 perubahan pada blog kita boleh remove kan.
contoh kod yang dipaste kan:

Selamat mencuba..
ayah jie ........

Nizar, Ngeh dan Ngah ditahan ISA


Nizar, Ngeh dan Nga ditahan ISA.
Oleh : AdukaTarunaBR dikatakan perlu bertahan sehingga sidang DUN Perak tidak lama lagi. Ketika ini, Speaker Dewan, akan menyekat 3 mangkuk PKR dan DAP dari hadir. Ataupun 3 mangkuk tadi tidak berani hadir seandainya BR mengumpulkan ribuan penyokongnya di luar Dewan Undangan Negeri Perak.Apabila begini, BR mempunyai 28, dan BN 28. Keadaan sangat genting.
Seandainya BR berjaya membubarkan DUN, ianya adalah malapetaka kepada BN. MB haram Perak akan menjadi MB paling singkat dalam sejarah.Untuk itu Najib perlu menjadi lebih ganas. Semakin menghampiri Mahathir. Jika 3 mangkuk ditahan Speaker, Najib perlu menahan sekurang2nya 3 ADUN BR. Walau apa cara sekalipun, pembubaran DUN perlu dielakkan.Jadi, adakah 3N mangsa terdesak Najib ialah Nizar, Ngeh dan Nga?BR perlu bersiap sedia.
Pada wa, BR perlu mengambil sebarang kemungkinan oleh pihak Najib. Kalau ikut kisah Nabi2 dahulu, Isa a.s pernah digantikan. Muhammad SAW pernah digantikan Ali. Kaedah ganti tercatit dalam taktikal zaman lampau.So, apa lagi, sila cari muka seiras dengan Nizar, Ngeh dan Nga untuk berlakon sebagai mereka, sekarang. Supaya Najib menangkap identity yang salah, di mana, identity sebenar lepas memasuki sidang DUN.Keadaan akan menjadi kecoh. BN termalu, dan bakal disaman individu terbabit. Itulah upahnya. Praktikal?

disalin cetak dari http://adukataruna.blogspot/

Ulang tahun Nur Namiah

Alhamdulillah..

puteri sulung ayah jie dan genap setahun semalam. dia jugak dah dapat berdiri lama dan melangkah beberapa langkah sebelum terduduk. Begitulah perkembangan namiah terkini. ulang tahun yang pertama ni ayah jie nak beli kasut kat dia, hadiah sebab nak bejalan dah. key bye.

wassalam

Ulang tahun Nur Namiah

Alhamdulillah..

puteri sulung ayah jie dan genap setahun semalam. dia jugak dah dapat berdiri lama dan melangkah beberapa langkah sebelum terduduk. Begitulah perkembangan namiah terkini. ulang tahun yang pertama ni ayah jie nak beli kasut kat dia, hadiah sebab nak bejalan dah. key bye.

wassalam

Wednesday, February 11, 2009

Aper Cer..

Assalamualikum...

kata budak-budak staf masa kerja kat Labuan dulu yang asal perak. "aper cer" maknanya: apa cerita. Aper cer malam ni... tak sabar nak tahu lagi perkembangan di negeri perak tu..
Kesian DS Nizar..ape2 pun dikirimkan kata2 doa supaya berlaku keajaiban. amin.
bersabarlah nizar, semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik.

ok.

Dalam Benak Kepala: Tak Tahu

Assalamualaikum...

tajuk ini mungkin menunjukkan seseorang tidak tahu, tidak ada pengalaman, tidak ada ilmu dan tidak mahu bertanggungjawab.
Cam ni, sebenarnya aku baru saje lepas meeting. jadi boss bagi kerja skit ... hek eleh.. hehe..kene buat keje skit dah nak cakap tak tahu. kerja ni berkaitan dengan akreditasi makmal.. so aku di tugaskan untuk menyediakan dokumen yang bertajuk " Quality and technical record" dibawah tajuk "managemant requirement file".
So sape2 yang boleh tolong aku kat sini ni..hehe. ingat nak mintak tolong yusrialjambuli.blogspot la..
Bestnya kalo dapat balik KB kejap nak jumpa staf yang aku kenal kat sana. mintak je dokument tu pastu Copy paste je.

Kesian...tak tahu.

11/2/09

Kesultanan melayu dicabar. oleh?

BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.

Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan.

di salin cetak dari perisik rakyat.
http://perisik-rakyat.com

Monday, February 9, 2009

ketua lanun


sape2 kenal dengan dia ni. lanun yang dikehendaki oleh sultan perak ketika ini.. ketua lanun di asia tenggara. hehehe.. sape2 tau dimana beliau diminta hubungi ayah jie.

ketua lanun


sape2 kenal dengan dia ni. lanun yang dikehendaki oleh sultan perak ketika ini.. ketua lanun di asia tenggara. hehehe.. sape2 tau dimana beliau diminta hubungi ayah jie.

Saturday, February 7, 2009

Lebuh raya skudai-Jb



Tiap-tiap hari, beginilah jemnya jalan highway skudai-JB masa ayah jie balik kerja.

Lebuh raya skudai-Jb



Tiap-tiap hari, beginilah jemnya jalan highway skudai-JB masa ayah jie balik kerja.

Thursday, February 5, 2009

Alkisah 2 cerita

assalamualaikum..

tak sabar rasanya nak tahu macam mana keadaan negeri perak skang. heboh dan di hebohkan. lahanat punya penjenayah.. siapa penjenayah tu? terang terangan la.. penjenayah yang bodus dan tak tau malu lagi.
aku ada dua cerita yang boleh xtray tengok macam mana boleh jadi gini.

cerita 1.
rakyat cerdik la. jangan nak tipu macam tipu ayam masa nak tangkap la. siap letak tali lagi pastu tabur padi (masa kecik dulu selalu buat). rakyat jelata mana boleh buat macam tu. kami rakyat berjiwa pemimpin la. berjiwa pemimpin masa depan.. hah kau tau..
cerita pertama si pelompat parti. macam la bodoh sangat orang ni nak percaya dengan peel melompat tu. yang melompat tu bukan tak ada jawatan beb. siap exco lagi, bukannya YB biasa. jawatan dah ada... kalau aku dah kira sedap duduk dah tu.. tapi bukan aku yang berjiwa pemimpin macam tu tapi makhluk tak tau malu. mesti dah kena makan bubur taik najib yang besar lagi boleh tahan tak payah makan sampai 800 keturunan.

cerdik tak boleh nak ajar bodoh sebodoh bodohnya... makan suap la tu beb. mana mungkin seorang exco kanan kerajaan negeri bertindak begitu. sama la kempat2 keparat tu. sorang lagi tu siap timbalan speaker lagi. eh, pangkat apa lagi kau kejar. cukup makan dah tu.
ini la namanya pangkal islam tiada.

cerita 2
ada muslihat la.. najib terus dilantik pengerusi kelab penjenayah. manakala tajol berhenti kejap supaya ketua penjenayah penyamun ambil alih. ingat lagi kata-kata tajol masa kuar kat tv3 haritu selepas pengunguman yang sekor masuk PKR. dia kata " ini adalah permulaan" terngiang2 aku kata-kata tu. korang semua mesti ingat gak kalau yang tengok. si nuar plak masa tu la rasa bangga, dia tak tau dah, percaturan politik mengejut namanya (percaturan mengejut adalah nama aku beri sendiri la) macam mana permainan tarik tali. biasanya dibertahan dan kendurkan tali pastu sentak laju. mampus pihak lawan.

najib tak perasan sebenarnya dia dan memusnahkan kelab penjenayah yang dikehendaki sekali di abad ini di dunia ini. ini kes lompat.. aku setuju dengan kata-kat mahadhir bahawa "keadaan ini akan menjejaskan imej kelab penjenayah. setuju dalam bab yang terpilih saja noo. rakyat diserata tanah air akan terfikir la dalam situasi yang tak masuk akal ni. cuba tengok senarai gerak kerja penjenayah ni:

1. YB penjenayah masuk PKR
2. kecoh2 pastu Pengerusi penjenayah perak ,tajol letak jawatan,
3. Najib ambil alih.
4. 2,3 hari kendian 2 ekor pllak kuar PKR
5. sekor yang masuk PKR kuar balik
6. najib umum dia menang

teliti betul-betul lebih kurang dua minggu jer perkara berlaku. mesti percaturan suap menyuap je ni. yang peliknya di ceria ini ialah tiba2 najib jadi boss.

fikir la wahai saudaraku dan musuhku.
sekian

Tuesday, February 3, 2009

Pak Uda Vs Pak Long = Ayah Jie

Assalamualaikum semua..

Istilah yang sering digunakan dalam masyarakat melayu untuk bapak dan mak saudara yang sering digunakan dikebanyakan negeri di malaysia. ada istilah yang tidak diguna pakai di negeri kelantan, contohnya: Pak andak dan mak andak, Pak lang dan Mak lang, pak anjang dan mak anjang serta pak tam dan mak tam.

Di sini saya nak kongsikan sedikit gelaran panggilan yang sepatutnya digunakan contohnya dalam keluarga Hj. Yusuf alismaili. Cucu-cucu kepada HJ yusuf boleh memanggil gelaran mak dan bapak saudara (anak Hj yusuf) kepada berikut:

1. Mak long (memang semua negeri gunakan)
2. Ayah Nie sebagai Pak ngah dan isterinya mak ngah.
3. Cik Ta sebagai Mak lang dan suaminya pak lang.
4. Ayah yie sebagai Pak andak dan isterinya mak andak
5. Ayah Jie sebagai Pak uda dan isterinya mak uda.
6. Cik na sebagai mak anjang dan suaminya pak anjang.
7. Cik Tie sebagai mak Tam/ pak tam
8. Ayah Ja sebagai paktih/maktih
9. Ayah cik (memang dah diguna pakai)/ mak cik.
10.pok su (memang semua negeri gunakan)

sekiranya bapak saudara lebih dari 10, maka nama pakcik/makcik diberikan seperti pak cik hisham. nama-nama ini tidak boleh digunakan bagi tempat maklong, mak ngah. pak lang, dan paksu.

gelaran pak long, pak ngah, pak lang dan paksu tidak boleh di tukar milik. dan gelaran yang ditengah-tengah boleh ditukar ganti sekiranya ada kematian dan boleh di gunakan sebagai pak cik serta nama (lebih dari 10). sekiranya kurang daripada sepuluh maka bapak/mak saudara boleh memilih mana-mana gelaran tadi.

Sekiranya isteri atau suaminya yang anak buahnya memanggil nama gelaran lain, maka digunakan secara automatik nama gelaran tersebut. seperti taju di atas.

Sumber di perolehi daripada Sebelah mertua di Batu pahat Johor. sekiranya ada penambahan dan komen sila berikan.

sekian.
3 feb 2009