Tuesday, February 3, 2009

Pak Uda Vs Pak Long = Ayah Jie

Assalamualaikum semua..

Istilah yang sering digunakan dalam masyarakat melayu untuk bapak dan mak saudara yang sering digunakan dikebanyakan negeri di malaysia. ada istilah yang tidak diguna pakai di negeri kelantan, contohnya: Pak andak dan mak andak, Pak lang dan Mak lang, pak anjang dan mak anjang serta pak tam dan mak tam.

Di sini saya nak kongsikan sedikit gelaran panggilan yang sepatutnya digunakan contohnya dalam keluarga Hj. Yusuf alismaili. Cucu-cucu kepada HJ yusuf boleh memanggil gelaran mak dan bapak saudara (anak Hj yusuf) kepada berikut:

1. Mak long (memang semua negeri gunakan)
2. Ayah Nie sebagai Pak ngah dan isterinya mak ngah.
3. Cik Ta sebagai Mak lang dan suaminya pak lang.
4. Ayah yie sebagai Pak andak dan isterinya mak andak
5. Ayah Jie sebagai Pak uda dan isterinya mak uda.
6. Cik na sebagai mak anjang dan suaminya pak anjang.
7. Cik Tie sebagai mak Tam/ pak tam
8. Ayah Ja sebagai paktih/maktih
9. Ayah cik (memang dah diguna pakai)/ mak cik.
10.pok su (memang semua negeri gunakan)

sekiranya bapak saudara lebih dari 10, maka nama pakcik/makcik diberikan seperti pak cik hisham. nama-nama ini tidak boleh digunakan bagi tempat maklong, mak ngah. pak lang, dan paksu.

gelaran pak long, pak ngah, pak lang dan paksu tidak boleh di tukar milik. dan gelaran yang ditengah-tengah boleh ditukar ganti sekiranya ada kematian dan boleh di gunakan sebagai pak cik serta nama (lebih dari 10). sekiranya kurang daripada sepuluh maka bapak/mak saudara boleh memilih mana-mana gelaran tadi.

Sekiranya isteri atau suaminya yang anak buahnya memanggil nama gelaran lain, maka digunakan secara automatik nama gelaran tersebut. seperti taju di atas.

Sumber di perolehi daripada Sebelah mertua di Batu pahat Johor. sekiranya ada penambahan dan komen sila berikan.

sekian.
3 feb 2009

No comments:

Post a Comment