Friday, January 30, 2009

Kenduri Kawen Ila

Assalamualaikum..

Hari tu (raya korban ketujuh 2008 rasanya) kami sekeluarga da Ami (Yurhamy) pergi kenduri kawin Ila (anak abang izani). kebetulan kenduri tu kat JB, jadi boleh lah pergi rombongan menghantar pengantin perempuan kerumah pengantin lelaki kat taman baru Uda. rombongan abang izani kesemuanya dari pasir mas kelantan. so kami join la rombongan tu. ni ada gambar Ila dan suaminya.




wassalam.




Kenduri Kawen Ila

Assalamualaikum..

Hari tu (raya korban ketujuh 2008 rasanya) kami sekeluarga da Ami (Yurhamy) pergi kenduri kawin Ila (anak abang izani). kebetulan kenduri tu kat JB, jadi boleh lah pergi rombongan menghantar pengantin perempuan kerumah pengantin lelaki kat taman baru Uda. rombongan abang izani kesemuanya dari pasir mas kelantan. so kami join la rombongan tu. ni ada gambar Ila dan suaminya.




wassalam.




Melawat Zoo JB

Assalamualaikum..

Minggu lepas kami sekeluarga pergi ke zoo, melawat binatang la katakan...hehe. saje jalan-jalan nak lepaskan perasaan yang tak dapat balik kampung. bawa jalan-jalan Namiah jugak.








wassalam..

Melawat Zoo JB

Assalamualaikum..

Minggu lepas kami sekeluarga pergi ke zoo, melawat binatang la katakan...hehe. saje jalan-jalan nak lepaskan perasaan yang tak dapat balik kampung. bawa jalan-jalan Namiah jugak.








wassalam..

Salam Permulaan

Assalamualaikum.

Kepada semua bloger-bloger yang bijaksana, pemburu-pemburu blog, pelayar-pelayar blog dan internet, ayah jie memperkenalkan diri disini sebagai orang baru. kepada anak buah ayahjie, adik beradik ayah jie dan kaum kerabat ayah jie, di sini ada berita-berita dari ayah jie dan komentar ringkas yang boleh dikongsi bersama.

wassalam
4 safar 1430H

Salam Permulaan

Assalamualaikum.

Kepada semua bloger-bloger yang bijaksana, pemburu-pemburu blog, pelayar-pelayar blog dan internet, ayah jie memperkenalkan diri disini sebagai orang baru. kepada anak buah ayahjie, adik beradik ayah jie dan kaum kerabat ayah jie, di sini ada berita-berita dari ayah jie dan komentar ringkas yang boleh dikongsi bersama.

wassalam
4 safar 1430H

Friday, January 23, 2009

Peringatan Jamak Qasar

Assalamualaikum..
Disini ada beberapa panduan, syarat dan hukum hakam solat bagi orang musafir.

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya, ia boleh menjama'kan di antara dua solat serta mengqasarkannya sekali. Walaubagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:

Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar.
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Mengqasarkan solat tanpa jama', iaitu, mengerjakan solat zuhur, asar, isya' dengan dua rakaat yang berasingan.
Solat jama' dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. Akhirnya musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.

Solat jama' dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hai, eloklah dikira dari 60 batu.

Di antara dua solat jama' tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat jama' dengan satu kali azan dan dua kali iqamat).

Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang bersolat sempurna (tamam).

Apabila seseorangitu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jama' dan qasarnya. Ertinya ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jama'.

Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jama' dan qasar. (iga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.)

Seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jama' dan qasar sehingga 18 hari.

Seseorang itu tidak diharuskan solat jama' dan qasar jika bermusafir kerana sesuatu maksiat.

Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat jama' ta'khir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai di akhir waktu baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jama'/qasar.

Kemudahan solat jama' (jama' sahaja) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjamaah apabila hujan lebat. Kampung itu pula merupakan satu kawasan yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isya') dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat yang kedua.

26 muharram 1430H

Thursday, January 22, 2009

Mengimbaskan kembali Seni Khat.

Assalamualaikum.

Masa sekolah dulu aku selalu gak menulis dan mengukir khat ni. tak la pro sangat, cuma tahu sikit-sikit jer. tengok khat yang lawa-lawa boleh menyejukkan hati dan pemandangan. seni khat ni payah kalau bukan ahli seni. tangan mesti ada kelebihan yang Allah beri.
Sekarang tak tahu la, dah lama aku tak menulisnya. malah menulis dalam jawi pun dah lama tak praktik. dulu menulis dalam jawi cam biasa jer. sekarang ni tak tau la. masa kat kampung dulu penah jugak nak hiaskan dinding masjid kat kg aku tu. tapi bila dah bekerja sana sini, abaikan je la.. tengok la, kalau ada suatu hari nanti.
Adik aku yang belajar kat tahfiz Kuala Kubu Baru tu, dia pandai khat jenis Parsi.
Nanti boleh dia buatkan hiasan dinding kat masjid tu.
kat tepi atas ni adalah khat jenis dewani. (mungkin jalli dewani)dan harimau tu jenis custom (bentuk ini tidak digalakkan kerana bentuk benda bernyawa).

wassalam. 22/1/2009

Tuesday, January 20, 2009

Cecah umur 30 tahun dahh..

Assalamualaikum..

5 JAN 2009 adalah hari lahir aku. sekejap jer rasanya, umur dah masuk 30. tua dah datang laa... hari lahir hari tu, bini aku ada bagi present beb.. heheh.. aku dapat buku dan CD doa-doa pilihan. CD dan buku tu adalah keluaran maahad tahfiz Pulai Condong.
Alhamdulillah.. dapat la buku dan CD yang berguna.. kalau ada masa aku akan konsikan disini nanti.. korang download la nanti.. hehe.

TQ isteriku..
catatan harian.
21/1/2009

Friday, January 16, 2009

Komen yusrialjambuli.blogspot.

assalamualaikumm...
Tajuk:Gelaran keturunan
Komen:lebih kurang gini:gelaran untuk menaik pula ada ke tak? Cth: mak ayah-atuk nenek- Mok Wo Pok Wo- dan seterusnya.
Jawapan: setakat ini tiada gelaran selepas Mok WO dan Pok WO. "WO" adalah istilah paling tinggi bagi ke atas. selain itu saya rasa tidak ada. kalau-kalau ada boleh la berkongsi bersama disini.
wasssalam.
19 muharram 1430

Green Light to Holiday

Assalamualaikum...

chinese new year come back. who don't go holiday and celebrate this season.
CNY on 26 and 27 Jan will going on Monday and Theusday. Then Wednesday, Thursday and Friday become working day. if i do not get permission from my boss, it mean i got 4 day to holiday. emmm... 3 days after the CNY must be fill with another holiday. ican try... this posting is related from my last post from title "Hari Raya Cina Nak Kelik Atau Tak Nak".

This posting i can try to explain to you all why i cannot sure go to holiday. This morning i told to my colleage (peg sains C41)about my permission a holiday. and he tell me, you can try get green light from my no.2 boss (C48).

so, i go to C48 and explain to her abaout my opinion. She give me THE GREEN LIGHT to me too. Alright, it become my dream. i met my Boss with little smile and give her a form with sign done by C48. yeeeaaaahhh. Holiday is mine. Now, i got 7 days to out from my station with my holiday.
In my plaining, i should be visit to my father& mother in law's house first in Bangi and second round back to my village at Pasir Mas. All Planning is be come true..

I Got U
Wasssalam
16/1/09/ friday/
19 Muharram 1430H

Tuesday, January 13, 2009

Perjalanan Cukup Jauh

assalamualaikum..

perjalanan dari Johor Bharu Ke Pasir mas mengambil masa 12 jam walau pun memecut lebih 100 Km/j.
JB - Kota Tinggi - mersing - Pekan - Kuantan - Kuala terengganu - Jertih - Pasir putih - pasir Mas.
sekali lagi aku akan cuba balik melalu jalan JB - segamat dan terus ke Pekan.

satu lagi cara ialah balik umah mak mertua dulu di Bangi.
perjalannanya JB- bangi mungkin dalam 3 jam. bangi ke Pasir mas mingkin 7 jam lebih.
Mana satu jalan yang patut akau ikut ni?? tolong..

Islam makin gah Israel Menggila

Bismillahirrahmanirrahim

kalau kita meneliti dan melihat lebih jauh, pasti kita akan menemuai jawapan.

kenapa israel menggila? soalan yang terpacur setiap orang ketika ini. pastinya ada sebab yang boleh terjadi. mana mungkin orang gila seperti israel menngila dengan tidak semena-mena.

ada yang tersirat sbenarnya.
Pertama- Orang gila israel tidak sedap hati dan rasa bimbang kalau-kalau islam bangkit dengan gahnya.
memang dalam Al-quran pernah menyebut bahawa orang kafir ini tidak senang duduk dengan perilaku islam dan sentiasa mencari jalan supaya umat islam menurut jejak langkahnya.

kedua- Mereka yang gila ini sedar bahawa pada akhir zaman golongan mereka akan kalah dan dimusnahkan oleh umat islam yang beriman di tempat mereka sendiri. mereka sangat risau sebenarnya.

ketiga- Allah memberi peringatan kepada Umat islam bahawa tanda-tanda akhir zaman telahpun tiba dan bersiap sedialah.

keempat- Disini amerika dan orang gila ini dapat menilai negara manakah yang kuat menentang mereka dan disinilah bermulanya peperangan yang dikatakan kekacauan akhir zaman. sekiranya 8 hari lagi ditunggu oleh penduduk dunia dan ia tidak memberi apa-apa perubahan, nantilah saat-saat kebangkitan.

ini adalah kupasan minda sendiri berpandukan bacaan- bacaan berita.
-8 hari lagi Barrack Obama akan menerajui Amerika. saat ini dinantikan. kalau tiada perubahan pada palestine, tibalah peperangan besar-besaran.

wassalam

Thursday, January 8, 2009

Tahun Baru Cina (Nak Kelik Atau Tak Nak)

assalamualaikum..

Perasaan hati sendiri cukup untuk menjawab soalan ini..
tahun lepas penulis berada di Pulau Labuan. sekarang berada di johor bharu. dulu payah nak balik dan tak selalu boleh balik. sekarang tiada sebab penulis tak boleh balik... duit poket je laaa.

sejak Januari 2006 hingga jun 2008, penulis berada di WP. Labuan. ini semua atas urusan kerja. kena hantar ke sana dan berkhidmat disana. sekarang bertukar ke seksyen johor Bharu. jauh juga beb. hehehe

Insyalallah penulis balik kampung la... nak tengok dan jenguk mak abah kat kampung. tengok keindahan halaman dan juga suasana kampung yang telah lama bermain diminda. keasyikan masa kecik-kecik dulu sungguh menyeronokkan. al maklumlah penulis mempunyai 10 adik beradik. main dan berbual dengan adik beradik sungguh menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan. hiba rasa hati bila mengimbaskan kembali.

insyaallah.. penulis akan menceritakna pengalaman yang lepas-lepas yang menjadikan penulis rindu sunggu dengan kampung halaman.

wassalam
8 jan 2009/
11 muharram 1430

Tuesday, January 6, 2009

10 Muharram (hari Asyura)

Bismillahirrahmanirrahim.

Selepas sahaja 9 Muharram, maka 10 Muharram muncul dan menandakan hari kebesaran islam disambut buat kali kedua dalam tahun baru selepas sambutan maal hijrah. Disini saya "paste"kan maksud hari asyura dan kelebihannya.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Masyarakat Islam turut percaya akan berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Adam a.s. dicipta.
Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.

disunting dari Wikipedia.org
wassalam.
9 muharram 1430/
6 jan 2009

9 Muharram Hasrat Rasulullah

Bismillahirahmanirrahim.

Dalam satu hadis rasulullah S.A.W pernah bersabda: "Jika aku masih hidup di tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada 9 Muharram". Namun Rasulullah S.A.W wafat sebelum dapat menunaikannya. Hadis riwayat Muslim dan abu Daud Dll.

Oleh itu marilah kita berpuasa pada hari tersebut bagi menunaikan hasrat Rasulullah itu. dan pada esoknya adalah hari asura yang disambut oleh umat islam pada 10 Muharram. Alhamdulillah Penulis juga berhasrat berpuasa hari ini.

Sekian.
9 Muharram 1430.

Thursday, January 1, 2009

Gelaran Keturunan

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani

Disini ada sedikit pengetahuan yang semakin dilupai oleh golongan muda mudi sekarang yang perlu dibangkitkan kembali. ketika penulis berusia belasan tahun, abah penulis pernah menyebut gelaran ini sehingga sepuluh keturunan. inilah gelaran yang patut kita tahu:

1. Ibu Bapa 2. Anak 3. Cucu 4. Cicit 5. Ciut 6. Ciat 7. Piut 8. Piat 9. Tiut 10. Tiat

Wassalam...
1 jan 2009