Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru

dengan nama Allah yang amat maha pemurah lagi amat maha penyanyang.

Dua hari sudah berlalu awal tahun hijrah daripada 1429H kepada 1430H. ini bermakana sudah 1430tahun juga junjungan nabi S.A.W telah berpindah dari kota Mekah ke madinah almunawwarah. Bandar madinah juga telah pun berusia 1430 tahun setelah ditukar nama. ini bermakna Nabi S.A.W sekiranya diberikan oleh Allah S.W.T hidup di alam bumi yang nyata sudah tentu umurnya mencecah lebih kurang 1500 tahun.

Tetapi, Allah S.W.t maha penyanyang kepada kekasihnya dan diberikan umur yang pendek jika dibandingkan dengan Nabi Nuh A.S. yang umurnya hampir 1000 tahun.

Bandar Madinah almunawwarah sewaktu dulu dikenali sebagai yathrib, maka dengan kedatangan ulul azmi telah menaikkan taraf dan imej bandar yathrib kepada bandar madinah sehinga dikenali seluruh dunia selepas mekah almukarramah.

Berbalik kita kepada tahun baru, tahun baru sebenarnya tiada apa-apa erti sekiranya tiada pengisian rohani dan jasmani. berertinya tahun baru yang kita sambut apabila menjengah kepada perilaku dan konsep kematangan yang berlaku pada seseorang, sebuah kerajaan, organisasi dan sebagainya. konsep perpindahan inilah yang patut ditekankan dan diberi ruang yang luas. bukan hanya sekadar berpusu-pusu berebut ketempat konsert sambutan tahun baru.

Perayaan menyambut tahun baru tidak lebih kepada sambutan tahunan yang bermulanya bulan baru pada tahun yang baru. konsep inilah yang diwar-warkan oleh nasionalis. tiada satu pun berkonsep perpindahan kearah kebaikan.

Tahun baru lain juga akan disambut esok, iaitu tahun baru 2009M. tahun 2009M bermaksud sudah 2009 tahun telah berlalu saat kelahiran nabi Isa A.S yang dikatan jesus oleh agama kristian.
ini bererti lebih kurang perbezaan nabi Muhammad S.A.W dengan Nabi Isa ialah 500 tahun. Ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa A.S selama tempoh 500 tahun telah diselewengkan dan dilupai oleh segolongan besar umat. perbandingan ini jelas, penyelewengan dan ajaran yang dilupai juga ada dikalangan umat nabi Muhammmad S.A.W kerana tempoh peninggalan adalah sangat lama.

Sama-sama kita renungkan dan fikirkan.
WaAllah a'lam.

kupasan minda.

Tuesday, December 30, 2008

Pengenalan

Assalamualaikum.
selamat datang diucapkan kepada pelayar pelayar blog dan website. saya blogger baru dan ingin belajar dengan lebih mendalam dalam mengendalikan blog. diharapkan kepada semua dapat menolong saya dalam memberi komen dan tunjuk ajar. dengan adanya blog ini, insyaallah saya akan memberikan sedikit sebanyak apa yang boleh dikongsikan bersama dengan sedikit coretan kehidupan saya.

blog di buat pada:
2 muharram 1430H