Tuesday, February 24, 2009

Perihal Selangor DE.

Pelik dan jangan percaya pada berita yang tidak boleh diterima akal. kerajaan yang dibentuk sudah berpuluh-puluh tahun, dan tahu selok belok pentadbiran, bersih sebersihnya.manakala kerajaan yang dibentuk tidak sampai setahun bermacam-macam tuduhan yang dilemparkan.

Cuba, anda perhatikan selok belok bank. macammana sesebuah bank menempatkan seseorang pegawai kanannya. hanya genap 5 tahun ia akan ditukar gilirkan dengan orang baru. ini bagi memastikan keadaan bank yang tidak boleh dimanupulasikan oleh orang/ pegawai kanan yang pandai mengambil kesempatan.

Macam inilah juga kerajaan, kalau dah lama memegang jawatan sudah tentu penyelewengan dan rasuah menjadi-jadi. mana mungkin kerajaan yang baru dibentuk mempunyai upaya sebegitu. mestilah kerajaan yang baru itu berhati-hati dalam menjalankan amanah, berhati-hati dalam segenap penjuru.

Berbalik kita pada hal kerajaan selangor, tuduhan SPRM dan saki baki UMNO tidak masuk akal lah wahai sedaraku. yang mngeluarkan kenyataan tuduhan itu plak Khir Toyo yang juga bekas MB selangor. Kan nampak tu jahat. pikir lah sendiri.

No comments:

Post a Comment