Tuesday, March 3, 2009

Gila Hp RM8.2 juta.

Telefon berlian berharga RM8.2 juta

RANGKAIAN aplikasi terbaru untuk produk keluaran Apple terkenal termasuk iPod akan dilancarkan tidak lama lagi. Dengan reka bentuk menawan serta bertatah permata kristal eksklusif Swarovski yang pastinya membuatkan penggemar gajet canggih tergila-gila mendapatkannya.

Harga runcit bermula antara AS$6,900 dan AS$26,900 (kira-kira RM25,160 dan RM98,100), para pengumpul koleksi produk Apple bukan sahaja berpeluang menukar jenama gajet kesayangan mereka itu kepada permata berharga, malah boleh memiliki rekaan Peter Aloisson tersendiri.

Ia baru dilancarkan pada akhir Januari lalu menerusi www.phonesandstones.com.

Telefon bimbit 3G terbaru Apple Kings Button dan dua versi mewah Nokia E51 pasti akan berebut `takhta’ sebagai telefon bimbit paling mahal pernah dikeluarkan.

Sentuhan kreativiti pereka produk mewah terkemuka dunia, Aloisson dengan tema gold only version (versi emas) dan rekaan menakjubkan bersama batu permata berharga.

Disaluti emas kuning 18 karat, emas putih dan emas ros, kombinasi reka bentuk eksklusif beliau terserlah pada tatahan 138 berlian berkualiti tinggi.

Namun ciri utama telefon bimbit ini adalah butang `home’ yang merupakan berlian luar biasa 6.6 karat, menunggu untuk pemilik bertuah membawanya pulang.

No comments:

Post a Comment