Wednesday, July 1, 2009

Menang tempat ke 2

Assalamualaikum semua..

27 jun 2009, sabtu, ayah jie keluar umah awal pagi lagi nak cari kuih muih dan nasi lemak untuk keluarga untuk santapan pagi. 7.30 pg.

ada satu pasar tani sebenarnya kat rumah ayah jie. dekat jer, jalan kaki pun sampai, lebih kurang 80 meter sahaja dari rumah sewa ayah Jie. bunyi bising orang pakai mikrophone memeriahkan lagi suasana.

rupa2rupanya FAMA ada buat pertandingan di pasar tani tu sempena hari bapa. macam2 pertandingan mereka anjurkan, salah satunya kopek durian (koyok driae). ayah jie dengar dari jauh mereka tak cukup 2 orang lagi untuk mulakan pertandingan koyok driae.. hehehe.

apa lagi ayah jie pegi je join dan ada lagi sorang join pertandingan koyok driea sempena hari bapa. ayah jie kan pandai dan hero koyok benda alah ni. semesek je..heheheheehe.

dapat lah tempat ke2. hadiahnya sebakul buah2an tempatan, setto, mokte, drie dan 4,5 botol barang2 keluaran FAMA. sama jer hadiah tempat pertama dan ketiga. alhamdulillah.

apa lagi beraya lah kami sekeluarga dengan rezeki tersebut. sampai hari ni pun tak habis lagi. semalam masak bubur letak durian..

ok jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment