Tuesday, January 19, 2010

Gaza dilanda banjir

GAZA CITY: Kira-kira 30 rumah kediaman dan kawasan penternakan di bahagian selatan bandar Gaza City dilanda banjir akibat hujan lebat dalam tempoh yang agak lama.
Pasukan keselamatan Hamas menjalankan operasi menyelamat sejak malam Isnin lalu. Banjir itu juga menyebabkan laluan menghubungkan Gaza City dengan bahagian selatan terputus beberapa jam.

Menurut wartawan AFP, sebuah jambatan yang merentasi sungai berhampiran juga didapati hanyut akibat peningkatan air sehingga tiga meter di kawasan itu. Ketua perkhidmatan kecemasan Gaza, Dr Muawiya Hassanein, berkata sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan kini dirawat. - AFP

No comments:

Post a Comment