Wednesday, January 20, 2010

Mursyidul am Baru

KAHERAH, 20 Jan: Ikhwan Muslimin telah mengumumkan Mursyid Am barunya iaitu Dr Muhammad Badi’ Abdul Majid Samy, 67 tahun.


Beliau adalah Mursyid Am kelapan bagi jemaah Ikhwan Muslimin yang diasaskan oleh Mursyid Am Pertama, Imam Hasan Al-Banna pada tahun 1928. Dr Muhammad Badi’ (GAMBAR) menggantikan Mursyid Am KeTujuh, Ustaz Mahdi Akef yang tidak berhasrat menyambung jawatannya apabila umurnya melebihi 80 tahun.Dr Muhammad Badi’ dilahirkan pada 7 Ogos 1943 di Al-Mahalla Al-Kubra, negeri Al-Gharbiyah, Mesir. Isteri beliau bernama Sumaiyah Asy-Syanawy, bekas pengetua Madrasah Ad-Dakwah Al-Islamiyah di Bani Suef, Mesir.


Beliau adalah anak kepada Haji Muhammad Ali Asy-Syanawy yang merupakan generasi awal Ikhwan Muslimin dan termasuk yang dijatuhkan hukuman mati oleh kerajaan taghut Mesir dibawah Presiden Jamal Abdul Nasir pada tahun 1954 tetapi kemudiannya diringankan kepada penjara seumur hidup. Mereka dikurniakan tiga orang anak, Ammar, Bilal dan Dhuha.Ustaz Mahdi Akef mengumumkan nama Dr Mohd Badi’ Abd Majid Saamy sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin kelapan dalam sidang akhbar antarabangsa di Kaherah, Mesir jam 11.00 am (waktu Mesir) tadi.

Tuesday, January 19, 2010

Pengukir Cipta Arca harimau terkecil di dunia


2010/01/19

TAIPEI: Seorang pengukir Taiwan semalam berkata, dia menyiapkan arca harimau terkecil di dunia sehingga ia boleh melalui lubang jarum.
Chen Forng-shean mengukir arca haiwan menggunakan damar tiruan berukuran hanya satu milimeter tinggi sempena kedatangan Tahun Harimau 14 Februari ini."Cabaran terbesar menyiapkan arca ini adalah mewarnakan lidahnya menjadi merah," kata artis amatur itu.
Walaupun bekerja di Bank Pusat, Chen menjadi pengukir sejak 30 tahun lalu.Dia mengambil masa empat jam sehari selama tiga bulan bagi menyiapkan ukiran harimau itu. - AFP

Gaza dilanda banjir

GAZA CITY: Kira-kira 30 rumah kediaman dan kawasan penternakan di bahagian selatan bandar Gaza City dilanda banjir akibat hujan lebat dalam tempoh yang agak lama.
Pasukan keselamatan Hamas menjalankan operasi menyelamat sejak malam Isnin lalu. Banjir itu juga menyebabkan laluan menghubungkan Gaza City dengan bahagian selatan terputus beberapa jam.

Menurut wartawan AFP, sebuah jambatan yang merentasi sungai berhampiran juga didapati hanyut akibat peningkatan air sehingga tiga meter di kawasan itu. Ketua perkhidmatan kecemasan Gaza, Dr Muawiya Hassanein, berkata sekurang-kurangnya 12 orang cedera dan kini dirawat. - AFP

Monday, January 18, 2010

Liciknya............


Sunday, January 17, 2010

Tembaga hancurkan telur

Teknik baru, murah dan mudah. Boleh cuba ni..

1. Untuk mengelakkan nyamuk bertelur di tempat takungan air kita seperti di tangki air, kolam hiasan di halaman rumah dan sebagainya ialah dengan meletakan wang syiling 1 sen di dalamnya. Katanya syarikat penyelidikan di Jepun mengatakan telur nyamuk akan hancur apabila bercampur dengan tembaga.
2. Untuk menghalau nyamuk lebih efisien dan selamat dari semburan penyembur nyamuk di pasaran kerana jika berlebihan menggunakannya boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Lepas ni syarikat Shieldtox, Baygon boleh bungkus lak jangan la saman blog isuhangat ni.

Saya terbaca artikel bahasa inggeris yang mengatakan dengan semburan menggunakan Listerine lebih berkesan menghalau nyamuk. Hmm Syarikat Listerin kena bagi komisyen pada isuhangat kerana promot barang diaorang.

Cubalah! Kalau tak jadi kena demam denggi ke apa jangan marah saya lak. Just berkongsi info.

dikopi paste dari isuhangat.net. TQ

Saturday, January 16, 2010

Gaut, uric asid, penyakit manusia

Gambar ini tiada kene mengena dengan gaut, samalah budak ni kene selsema tapi bomoh ubat dia cara pijak, tiada kene mengena langsung.

gaut adalah penyakit dimana uric asid didapati tiggi daripada biasa dan mula berkumpul pada sendi2. uric asid adalah satu struktur macam kristal yang terhasil daripada penguraian protein yang tidak lengkap. kitaran protein didalam badan manusia mengalami masalah dan akan terhasi uric asid yang berlebihan. uric asid ini akan dirembeskan kesaluran darah.


bila terkumpul pada satu2 tempat, kita akan rasa ngilu atau sakit. tetapi bila ketahap pertengahan dia membengkak dan inilah yang dikatakan gaut. seterusnya peringkat yang paling tinggi sangat uric asid akan mengancam beberapa struktur organ badan seperti buah pinggan.


ayah Jie mengalami peringkat awal sakit2 dan sengal2 pada sendi. dan bacaan uric asid adalah 590 (normal 390-415). sakit pada sendi kaki pada peringkat permulaan. senggan beberapa minggu ia akan naik ke sendi paha. disini kesakitannya tidak dapat digambarkan. sesetengahnya akan kebahagian lutut kata doktor.


nom, Ayah Jie kene berpantang dari makanan laut yang berproyrin tinggi.

sekian, semoga doakan ayah Jie seembuh dan dapat me reduce kan uric asid ini.