Saturday, December 26, 2009

PAS Kelantan bersifat kenegerian?


Adakah semua tuduhan ini betul? Orang Kelantan dan juga bukan orang Kelantan tahu perkara ini dengan lebih betul dan bersifat professional. Tak perlu lagi di jelaskan dan dinafikan. Menjurus kepada komen dari Ardzulna dan dr. sabirib ehsan yang lebih menyifatkan PAS Kelantan bersifat kenegerian adalah keterlaluan.

Saya cuba memahami fakta yang mereka bawa. Tetapi tidak dapat menelan dengan penuh kesedapan. Apakakah sedar atau tidak kita bahawa kelantan telah membawa pemimpin luar untuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas. Ini menyanggah sama sekali PAS Kelantan bersifat kenegerian, pertama.

Sebab kedua, TGNA telah tegaskan, bahawa pemimpin dari luar itu perform atau tidak menjadi pokok pada pandangan TGNA sendiri. Sekiranya kita lihat ketiga-tiga calon luar ini ada yang perform dan ada yang melawan taukeh?. Apakah calon yang perform ini disenangi rakyat Kelantan khasnya dan Malaysia amnya. Sudah tentu rakyat Kelantan juga suka kepada yang perform dan pandai buat kerja. Ini politik rakyat Kelantan. Dan semestinya rakyat Kelantan diketahui umum pandai berpolitik untuk menentukan hala tuju negeri mereka.

Manakala yang tidak perform, rakyat tak pernah tengok muka dia selepas mengundi dan lawan taukeh ini menjadi kebencian rak yat. Mana-mana negeri mana-mana Negara akan membenci sifat sebegini. Yang lawan taukeh lagi la menjadi tuduhan dan ejekan rakyat. Dan ini menjadi factor penyelamat PRU13 nanti.

Daud Iraqi dalam usulnya supaya calon luar diganti dengan calon dalam adalah satu kaedah politik. Mungkin dengan meletakkna calon yang sama akan merudumkan bilangan MP PAS diparlimen. Ini kerana akan berdepan dengan kekalahan disebabkan kebencian rakyat Kelantan yang calonnya lawan taukeh?.

Ketiga, pemimpin-pemimpin yang jadi calon ini adalah pemimpin kanan. Adalah menjadi malu sekiranya melawan musuh yang sudah lemah (dikelantan BN tak ada gigi). Walhal calon cukup berpengaruh? (bagi yang perform jelah, yang lawan taukeh entah kemana). Kalau dah cukup hebat kat mana-mana ajer boleh menang.

Biarlah pemimpin dari Kelantan pulak mengambil alih. Dan pemimpin ini diutamankan adalah calon tempatan. Senang nak berbual bicara,masalah rakyat sentiasa pemimpin tu sendiri rasai, maklumlah orang kat situ jugak. Bila balik kampong bererti balik menjenguk rakyat jugak walaupun menetap diKL. Dari segi persepsi juga mesti diambil kira.

Sekian,

No comments:

Post a Comment