Thursday, February 12, 2009

Nizar, Ngeh dan Ngah ditahan ISA


Nizar, Ngeh dan Nga ditahan ISA.
Oleh : AdukaTarunaBR dikatakan perlu bertahan sehingga sidang DUN Perak tidak lama lagi. Ketika ini, Speaker Dewan, akan menyekat 3 mangkuk PKR dan DAP dari hadir. Ataupun 3 mangkuk tadi tidak berani hadir seandainya BR mengumpulkan ribuan penyokongnya di luar Dewan Undangan Negeri Perak.Apabila begini, BR mempunyai 28, dan BN 28. Keadaan sangat genting.
Seandainya BR berjaya membubarkan DUN, ianya adalah malapetaka kepada BN. MB haram Perak akan menjadi MB paling singkat dalam sejarah.Untuk itu Najib perlu menjadi lebih ganas. Semakin menghampiri Mahathir. Jika 3 mangkuk ditahan Speaker, Najib perlu menahan sekurang2nya 3 ADUN BR. Walau apa cara sekalipun, pembubaran DUN perlu dielakkan.Jadi, adakah 3N mangsa terdesak Najib ialah Nizar, Ngeh dan Nga?BR perlu bersiap sedia.
Pada wa, BR perlu mengambil sebarang kemungkinan oleh pihak Najib. Kalau ikut kisah Nabi2 dahulu, Isa a.s pernah digantikan. Muhammad SAW pernah digantikan Ali. Kaedah ganti tercatit dalam taktikal zaman lampau.So, apa lagi, sila cari muka seiras dengan Nizar, Ngeh dan Nga untuk berlakon sebagai mereka, sekarang. Supaya Najib menangkap identity yang salah, di mana, identity sebenar lepas memasuki sidang DUN.Keadaan akan menjadi kecoh. BN termalu, dan bakal disaman individu terbabit. Itulah upahnya. Praktikal?

disalin cetak dari http://adukataruna.blogspot/

Ulang tahun Nur Namiah

Alhamdulillah..

puteri sulung ayah jie dan genap setahun semalam. dia jugak dah dapat berdiri lama dan melangkah beberapa langkah sebelum terduduk. Begitulah perkembangan namiah terkini. ulang tahun yang pertama ni ayah jie nak beli kasut kat dia, hadiah sebab nak bejalan dah. key bye.

wassalam

Ulang tahun Nur Namiah

Alhamdulillah..

puteri sulung ayah jie dan genap setahun semalam. dia jugak dah dapat berdiri lama dan melangkah beberapa langkah sebelum terduduk. Begitulah perkembangan namiah terkini. ulang tahun yang pertama ni ayah jie nak beli kasut kat dia, hadiah sebab nak bejalan dah. key bye.

wassalam

Wednesday, February 11, 2009

Aper Cer..

Assalamualikum...

kata budak-budak staf masa kerja kat Labuan dulu yang asal perak. "aper cer" maknanya: apa cerita. Aper cer malam ni... tak sabar nak tahu lagi perkembangan di negeri perak tu..
Kesian DS Nizar..ape2 pun dikirimkan kata2 doa supaya berlaku keajaiban. amin.
bersabarlah nizar, semoga Allah menunjukkan jalan yang terbaik.

ok.

Dalam Benak Kepala: Tak Tahu

Assalamualaikum...

tajuk ini mungkin menunjukkan seseorang tidak tahu, tidak ada pengalaman, tidak ada ilmu dan tidak mahu bertanggungjawab.
Cam ni, sebenarnya aku baru saje lepas meeting. jadi boss bagi kerja skit ... hek eleh.. hehe..kene buat keje skit dah nak cakap tak tahu. kerja ni berkaitan dengan akreditasi makmal.. so aku di tugaskan untuk menyediakan dokumen yang bertajuk " Quality and technical record" dibawah tajuk "managemant requirement file".
So sape2 yang boleh tolong aku kat sini ni..hehe. ingat nak mintak tolong yusrialjambuli.blogspot la..
Bestnya kalo dapat balik KB kejap nak jumpa staf yang aku kenal kat sana. mintak je dokument tu pastu Copy paste je.

Kesian...tak tahu.

11/2/09

Kesultanan melayu dicabar. oleh?

BN terus menggunakan strategi kotor, cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara apabila menghalang sistem mahkamah yang diadili Pakatan Rakyat terhadap kesahihan pelantikan Menteri Besar dan kerajaan BN di Perak.

Berhubung tindakan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar menyifakannya sebagai satu lagi bentuk kerakusan Umno-BN yang cuba merampas hak perundangan yang diizinkan sistem negara ini.

Menurut beliau, tindakan Umno-BN itu amat tidak bermoral dan ia merupakan satu jenayah terhadap sistem negara setelah mereka merampas kuasa perundangan dan perlembagaan dalam krisis di Perak.

"Sekali lagi Umno-BN cuba merampas hak perundangan yang diizinkan melalui perlembagaan negara kepada setiap rakyat untuk mendapat pembelaan yang sebenar di mahkamah," tegasnya.

Jika tindakan Pakatan Rakyat tidak benar dan tidak izinkan tindakan undang-undang dalam bentuk seperti itu beliau mencabar Umno-BN terlebih dahulu mengambil tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Umno Kelantan, Dato' Anuar Musa terhadap Kebawah Duli Tuanku Sultan Kelantan pada tahun 1993 yang menabalkan Tengku Ibrahim sebagai Sultan Kelantan.

Katanya, ia juga berlaku kepada Tan Sri Mohd Yaakob yang membuat perarakan menyerahkan memorandum kepada Sultan Kelantan dan meminta Sultan Kelantan turun daripada takhta.

"Saya juga mencabar tindakan undang-undang diambil terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menimbulkan krisis terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong dalam kes pelantikan Menteri Besar Terengganu," tegasnya.

Begitu juga tambah beliau tindakan undang-undang perlu diambil terhadap pihak Standard Charted Public Bank yang telah mengheret Almarhum Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke mahkamah supaya menjelaskan hutang.

Menurut beliau, jika mengikut pandangan Umno-BN perbuatan pihak Standard Charted Public Bank itu merupakan satu penghinaan terhadap Raja-raja Melayu tetapi mengapa pada waktu itu Umno tidak marah dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bank.

Justeru, beliau berharap supaya pihak Umno-BN jangan mempolitikkan isu mencabar kesahihan Menteri Besar dan kerajaan BN sebagai satu bentuk pendurhakaan.

Sebaliknya kata beliau itu merupakan hak yang diizinkan dalam negara ini.

Beliau meminta Umno-BN tunjukkan kejujuran dan jangan cuba menuduh Pakatan Rakyat telah durhaka terhadap Tuanku Sultan.

di salin cetak dari perisik rakyat.
http://perisik-rakyat.com