Wednesday, May 27, 2009

Alhamdulillah... dapat lagi satu.

syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.WT. kerana menganugerahkan kepada hambanya zuriat yang sihat dan sempurna. tanggal 11/5/09, NUR FATHINAH telah selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah JB pada 11.45malam.

gambarnya akan di uploadkan kemudian.

Alhamdulillah... dapat lagi satu.

syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.WT. kerana menganugerahkan kepada hambanya zuriat yang sihat dan sempurna. tanggal 11/5/09, NUR FATHINAH telah selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah JB pada 11.45malam.

gambarnya akan di uploadkan kemudian.

Tuesday, April 28, 2009

Kehebatan Nik Aziz

umno:Samada Nik Abduh Benar atau Tok Guru Nik Aziz Dunggu

Penuduhan terhadap "penasihat-penasihat" Tok Guru dua tiga hari ni cukup hebat dimainkan oleh media terutamanya akhbar milik UMNO, Sinar Harian.Bagi saya mudah sahaja jawapannya. Samada Nik Abduh bercakap benar ataupun Tok Guru Nik Aziz ni dunggu dan mudah diperkotak-katikan?Tapi, takkan Tok Guru Nik Aziz ni dunggu kot? Boleh diperkotak katikan oleh penasihat2 beliau dengan mudah.

TGNA ni MB 4 penggal berturut2. Dah tiga Presiden UMNO berlalu namun dia masih MB. Dr Mahathir berhempas pulas nak jatuhkan TGNA sebagai MB namun yang jatuhnya Dr. Mahathir.Waktu UMNO berada di tahap populariti maksimum (1995), semua parti kalah termasuk DAP tapi Kelantan kita masih menang dan Tok Guru tetap MB.Waktu itu Anwar Ibrahim dalam UMNO dan ekonomi negara merekodkan pertumbuhan KDNK 8% ke atas.

DAP sendiri tergolek menyembah bumi dengan memenangi hanya 8 kerusi parlimen. Mereka kalah semua kerusi DUN di Penang kecuali satu. PAS hilang wang pertaruhan di beberapa tempat di Selangor, Melaka dan Johor.Kumpulan Islam pada masa itu semuanya menyokong UMNO/Anwar i.e. ABIM, JIM, Arqam etc. Dr. Mahathir sendiri berani melawan Raja2 sebab mereka menang besar sangat. UMNO2 Bahagian di Selangor giat menjemput Ustaz Ismail Kamus dalam program2 Forum Perdana anjuran mereka.Tapi Tok Guru berjaya mempertahankan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan UMNO/BN dalam keadaan mempertahankan majoriti 2/3.

Pada hari ini, populariti Tok Guru Nik Aziz ini lebih tinggi dari Dr. Mahathir, Najib Tun Razak dan sesiapa sahaja di kalangan pimpinan UMNO.Ertinya Tok Guru ni bukan setakat alim tetapi bijak dan pintar serta mampu memimpin dengan baik. Tak mungkin Tok Guru ni seorang dunggu dan mudah diperkotak-katikan.Saya terpaksa mengambil opsi yang lagi satu, yakni Nik Abduh yang salah di dalam menyalahkan penasihat-penasihat Tok Guru.

Saya tak nak menyatakan Tok Guru ni dunggu.Tok Guru tak pernah tinggal tahajud. Masa dia sakit pun dia tetap tahajjud. Ustaz Nik Radzi bagitau saya sendiri.Takkan mudah sangat dia diperkotak-katikan oleh penasihat-penasihat beliau?Isu ni bukan isu teknikal pun.

Bukannaya mcm nak buat bangunan 30 tingkat, buat empanggan, buat jalan.Ini isu strategi politik dan TGNA lebih berpengalaman dalam isu ini banding dengan ramai orang lain. Saya yakin penasihat Tok Guru itu yang dinasihatkan oleh Tok Guru.Heran saya, waktu Dato' Asri nak bawak PAS masuk BN dulu pun, beliau tunggu sokongan TG Nik Aziz dahulu sebelum beliau teruskan dengan Mesyuarat Agung Khas.Waktu itu, kalau TGNA kata tidak, maka PAS tidak akan masuk kerajaan campuran dgn UMNO (dan BN).S

krg ni semua bypass Tok Guru dlm isu seperti ini. Kenapa?Tulang Besips Semua pemimpin ada penasihat. Tapi pemimpin yang hebat dia dapat membezakan nasihat mana yang benar dan nasihat mana yang kurang baik.Tok Guru Nik Aziz mempunyai ciri kepimpinan yang hebat. Terbukti dengan jelas.Kawan saya kawan Idris Jusoh. Derih pernah bagitau dia, dia pernah dimarahi oleh Ahli UMNO KElantan kerana berkata keras berkenaan Tok Guru Nik Aziz.

Ahli-ahli UMNO Kelantan mempertahankan Tok Guru Nik Aziz.Tok Guru ni macam Saidina Umar Abdul Aziz. Ilmu tinggi dan pandai memimpin.

dipetik dari blog bawean termenung.

Tuesday, April 21, 2009

MB UMNO punya hal

Adnan perlu bayar RM63 juta dalam 14 hari
KUANTAN 21 April (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengeluarkan perintah mandamos terhadap menteri besar Pahang, Dato? Seri Adnan Yaakub supaya membayar pampasan sebanyak RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) dalam masa 14 hari.

SGM sebelum ini menyaman kerajaan negeri Pahang kerana enggan mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat berkenaan untuk mengeluarkan saki kayu balak diatas tanah milik Umno Bahagian Pekan di Mukim Bebar.
Pertikaian SGM - Kerajaan negeri gagal diselesaikan dan akhirnya syarikat berkenaan membawa kesnya ke mahkamah Tinggi, Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada SGM.

Berikutan itu kerajaan negeri diarah membayar sebanyak RM60 termasuk faedah kepada SGM tetapi kerajaan negeri tidak pernah membuat apa-apa pembayaran kepada SGM.
Ekoran itu SGM menyaman kerajaan negeri dan akhirnya dengan memohon perintah mandamus dikeluarkan keatas menteri besar Pahang sebagai ketua pentadbir negeri Pahang.
Pengarah SGM, Syed Ali Badruddin ketika dihubungi berkata, dengan keputusan yang dikeluarkan Yang Amat Arif Datuk Abdul Halim Aman itu membukti kerajaan negeri jelas dengan serius telah mengingkari perintah yang dikeluarkan mahkamah tinggi.

Kerajaan negeri, katanya tidak pernah mendapat apa-apa kebenaran untuk menangguhkan pembayaran kepada SGM dan perintah mandomos ini adalah yang terakhir dikeluarkan mahkamah.

Menurut Syed Ali, beliau berharap kerajaan negeri akur dengan keputusan mahkamah.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri baru, Dato? Seri Mohd Najib Razak supaya tidak ?lepas pandang? terhadap tindak tanduk pemimpin kerajaan negeri Pahang yang mencemarkan imej baik sebuah kerajaan yang menghurmati undang-undang.

"Perdana Menteri perlu memberi perhatian terhadap isu perundangan yang membabitkan kerajaan dengan pelabur (SGM), Isu berkenaan membabitkan imej kerajaan negeri dimata para pelabur dan ia diberi perhatian serius oleh para pelabur sebenarnya," ujarnya.
Sementara itu, PAS Pahang menyifatkan kegagalan kerajaan negeri tunduk kepada arahan mahkamah adalah serius dan memalukan rakyat keseluruhanya.
Bendahari PAS Negeri, Musanif Abdul Rahman berkata, setiap hutang mesti dibayar dan begitulah juga dalam isu berkaitan, kerajaan negeri yang telah didapati bersalah oleh mahkamah perlu menjelaskan bayaranya.

Isu SGM- Kerajaan negeri ini menjadi pengajaran kepada semua pihak kerana ia melibatkan politik -perniagaan.
Difahamkan SGM membeli kawasan balak daripada Umno bahagian Pekan seluas 10,000 ekar di mukim bebar, Pekan.
Pertikaian bermula apabila Jabatan Hutan Negeri Pahang menahan SGM daripada meneruskan kerja pembalakan. Malah jabatan berkenaan tidak mengiktiraf plan asal yang didakwa sah oleh SGM.

SGM pada asalnya menyaman Umno Pekan namun keduanya akhirnya menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah.
Desas desus mengatakan pertikaian SGM - kerajaan negeri berpunca daripada politik balak yang melibat pihak atasan yang berakhir dengan kerajaan negeri terpaksa menanggung beban. azm _

Monday, March 30, 2009

Rasuah Tetap Rasuah


Rasuah politik dalam Umno tidak mungkin berakhir - Nik Aziz
Salmah Mat Husain Sun Mar 29, 09 7:07:58 pm MYT
KOTA BHARU, 29 Mac (Hrkh) - Biar pun Umno kini diterajui pemimpin lain, namun gejala rasuah dan salah laku dipercayai tidak akan berakhir, malah akan terus 'membarah'.
Iklan

Ramai percaya Umno akan terus berada di tahap lama biar pun beberapa pendekatan baru cuba diambil Dato' Seri Najib Razak selepas menerajui parti itu.
"Walau pun pemimpin tertinggi parti itu telah bertukar tangan, namun kerana asas perjuangan tidak pernah berubah menyebabkan kepincangan akan terus berlaku dalam parti itu.
"Masalah kemiskinan rakyat, rasuah, salahguna kuasa dipercayai tidak akan berakhir.
"Pertukaran pasukan dalam Umno hanya orang tertentu sahaja tetapi kereta masih yang lama (sekular) menuju ke destinasi dunia semata-mata," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Najib semalam secara rasminya mengambil alih teraju Umno daripada Abdullah apabila menang tanpa bertanding jawatan tersebut. Dan beberapa hari lagi bakal mengetuai kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am PAS itu berkata, walaupun sebahagian besar muka-muka baru membarisi kepemimpinan Umno sekarang, namun asas perjuangan parti itu tetap sama.
"Ibarat kereta yang tidak ada break, maka kenderaan itu yang dinaiki pemandu dan penumpang baru tetap berada dalam bahaya," ujarnya ketika ditemui di sini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tiada apa pembaharuan yang dapat dirasai rakyat biar pun orang lain mengetuai Umno kerana haluan masih sama.
Menurutnya selagi parti itu terus membelakangkan agama, mengenepikan soal taqwa, mengasingkan politik dan agama, Umno akan terus bercelaru.
Kata beliau ia jauh berbeza berbanding perjuangan PAS yang berteraskan Islam dan ketakwaan, di mana ahli-ahlinya mempunyai asas agama lebih kukuh.

"Kekuatan akidah pemimpin PAS dapat dilihat pada penggal lalu apabila diuji dengan tawaran sehingga RM5 juta supaya melompat parti mereka tetap tidak berganjak," ujarnya.
Sedangkan beliau berkata, dalam Umno tidak timbul soal pahala dan dosa sehingga menjadikan amalan rasuah menjadi perkara biasa.

Menurutnya Lembaga Disiplin Umno sebelum ini sudah memutuskan ada pemimpin Pemuda Umno yang didapati bersalah dengan rasuah, namun masih dibiarkan bertanding sehingga menang.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga melahirkan rasa hairan memandangkan Umno hanya mengagungkan pemimpin mereka pada waktu-waktu tertentu sahaja.
"Contohnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika dilantik menjadi perdana menteri lima tahun lalu beliau diagung begitu rupa sehingga menggambarkan bekas presiden Umno itu anak seorang ulama.

"Namun selepas Umno kecundang teruk pada pilihan raya umum lalu, beliau pula didesak supaya melepaskan jawatan," katanya. - mj _

Wednesday, March 18, 2009

Abdullah Kene Bomoh

Kerja bomoh bawah meja PM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mempersoalkan di Dewan Rakyat bagaimana kerja-kerja bomoh boleh berada di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di ibu pejabat Umno di PWTC.

Ketua Pembangkang menunjukkan laporan Sin Chew Jit Poh yang memetik Polis Dang Wangi yang menyatakan terdapat dua keping kertas bertulisan jawi dan kayu bersalut kain di bawah meja Presiden Umno itu.Dua keping kertas bertulisan jawi itu kemudiannya dihantar ke makmal oleh Polis Dang Wangi.Anwar mempersoalkan bagaimanakah kerja-kerja tahyul itu boleh melepasi kawalan keselamatan ke pejabat Presiden Umno.

Beliau juga mempersoalkan adakah para pemimpin Umno terlibat dalam kerja-kerja tahyul.Kerja-kerja bomoh itu, menurut Anwar, hanya terdapat di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sahaja dan tidak terdapat di bawah meja Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin lain yang mempunyai pejabat di ibu pejabat Umno itu.