Friday, June 12, 2009

BONEKA UMNO MEMIMPIN PAS

Nik Aziz marah arahan tutup mulut

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, marah dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu dalam Pas yang meminta pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kerajaan perpaduan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat.
Nik Aziz berkata, langkah itu tidak perlu kerana percanggahan pendapat itu bukannya datang dari Pas tetapi diwujudkan oleh orang-orang tertentu dalam Pas.“Arahan tutup tu kerana apa?

Orang2 Barua UMNO dalam PAS

Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut.“Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut. Dalam demokrasi tidak ada tutup mulut. Nabi Muhamad SAW tidak pernah tutup mulut orang. Tidak boleh, kerana semua soalan ada jawapan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, semalam.
Beliau turut mempersoalkan siapa yang mewujudkan dan menimbulkan kecelaruan dalam Pas.“Yang menimbulkan kecelaruan itu siapa dia, orang Pas atau orang perpaduan? Orang yang menimbulkan kecelaruan itu sedar perkara itu bukan dari Pas sebaliknya daripada orang tertentu di dalam Pas yang menjadi boneka UMNO. Itu jelas pada saya.“Benda tutup mulut ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa sekarang baru berlaku?
Ini soalan, tidak pernah berlaku pemimpin Pas mengarahkan orangnya supaya tutup mulut. Sekarang ini baru timbul kerana apa? Kerana dia sendiri mengeluarkan perkara yang mencelarukan.“Itu logik. Kenapa wujud arahan dari orang tertentu dari pusat supaya tutup mulut, kenapa? Sedangkan demokrasi suruh buka mulut. Dalam Islam hanya satu benda yang tidak boleh iaitu Zat Allah. Saya memang marah. Marah ini Islam suruh, Islam minta manusia ini benci pada kerja-kerja derhaka,” katanya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang meminta supaya isu berkenaan tidak diperkatakan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir pihak tertentu termasuk dalam kalangan pemimpin PR sendiri.
Mustafa dalam kenyataannya dilaporkan meminta seluruh pimpinan Pas dan PR menghentikan segala kenyataan berkaitan isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong Pas berkaitan kerajaan perpaduan.Mustafa berkata, idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah sekadar teori dan konsep dan idea itu tidak relevan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mengulas mengenai cadangan itu, Nik Abdul Aziz turut membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan itu dan menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.“Saya hanya mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu.“Saya sokong Pakatan Rakyat. Kita masuk pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini pun atas dasar Pakatan Rakyat. S
aya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian keputusan kita.“Perjanjian itu adalah keputusan muktamar Pas. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat bukannya menyokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Tidak ada. Hal perpaduan ini adalah boneka UMNO,” katanya.Beliau berkata jika ada pihak yang memperkatakan cadangan itu ia sebenarnya ilham UMNO memandangkan perkara itu tidak ada dalam agenda dan tidak dibincangkan di dalam muktamar.“Tiada dalam ucapan dasar pun. Cadangan itu dibuat selepas daripada sidang. Insya-Allah kita boleh selesai masalah ini. Bagi saya tak perlu langsung buat kajian semula,” katanya. /SH
12/06/09

Kekuatan Jentera HONDA

Kekuatan yang tiada tandingannya... hehehe...







Kekuatan Jentera HONDA

Kekuatan yang tiada tandingannya... hehehe...







Pemimpin Bodoh lagi pemungkir janji.

A.Salam.
Kalut ribut buat masa ini suasana politik PAS.

Bukan Media BN yang kucar kacirkan .... tetapi Juak2 UMNO dalam PAS dan Pemimpin PAS yang akan meniru gaya pemimpin UMNO kelak apabila diberi mandat yang kucar kacir kan.


saya berpendapat, Sesiapa sahaja yang berada dalam PAS yang mengikut gerak langkag Pres dan Tim. pres dan sekutu dengannya adalah juak2 yang boleh memperandakan PAS.

kalau diikutkan Juak2 tu.. boleh menyesatkan orang2 yang hendak menegakkan keadilan dan memenangkan islam. cuba bayangkan, dikatakan Muktamar di ipoh dulu, mereka telah bersepakat dalam PR. tapi hari ini janji tinggal janji... apakah ini boleh menjadi ikutan? bohong dan mungkiri janji.

saya pikir, idea bodoh yang sedemikian akan menggugat ahli dan penyokong PAS sendiri. idea yang tidak sepatutnya terkeluar dari seorang yang berpangkat dalam Parti. ada betulnya, sebab itulah terengganu boleh terlepas pada BN, kerana bacaan politik yang bodoh dan dunggu demikianlah menjejaskan nama baik PAS.
adakah mereka ini tidak menjadikan kelantan sebagai panduan dalam menarik dan memacu islam kearah yang lebih baik. kalau ya jawapan mereka, kenapa tidak ikut arahan Tuan Guru Nik Aziz yang lebih 4 penggal jadi MB kelantan, yang mana berpengalaman sangat luas bebanding Juak2 UMNO yang mentakedarah pangkat dan darajat.

antara buruknya UNity Goverment bila dapat ditubuhkan:

1. tidak boleh melawan dan sentiasa akur dengan kerajaan yang ada.
2. tidak boleh mencari gali semula kebejatan UMNO.

3. Pemimpin kalangan PAS yang jadi menteri menikus dan takut kan BN. nanti kene pecat title menteri.

4. Juak UMNO dalam PAS telah memungkiri janji yang mana membawa munafiq.

5. suara2 yang lantang menentang kezaliman UMNO tidak kedenganran.

ayuh wahai kawan, ayuh wahai saudara. jangan kamu persetujui akan pemimpin semacam ini. BODOH. Kalau angin tak ada takkan pokok bergoyang. muktamar pemilihan lalu bukan pilihan penyokong PAS tapi pilihan ahli PAS yang IQ rendah jer yang pilih.

luahan rasa hampa.
Yang cintakan Parti yang membawa islam.

Wednesday, May 27, 2009

Alhamdulillah... dapat lagi satu.

syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.WT. kerana menganugerahkan kepada hambanya zuriat yang sihat dan sempurna. tanggal 11/5/09, NUR FATHINAH telah selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah JB pada 11.45malam.

gambarnya akan di uploadkan kemudian.

Alhamdulillah... dapat lagi satu.

syukur tak terhingga dipanjatkan kepada Allah S.WT. kerana menganugerahkan kepada hambanya zuriat yang sihat dan sempurna. tanggal 11/5/09, NUR FATHINAH telah selamat dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah JB pada 11.45malam.

gambarnya akan di uploadkan kemudian.