Friday, January 23, 2009

Peringatan Jamak Qasar

Assalamualaikum..
Disini ada beberapa panduan, syarat dan hukum hakam solat bagi orang musafir.

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah, maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya, ia boleh menjama'kan di antara dua solat serta mengqasarkannya sekali. Walaubagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut:

Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar.
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Mengqasarkan solat tanpa jama', iaitu, mengerjakan solat zuhur, asar, isya' dengan dua rakaat yang berasingan.
Solat jama' dan qasar ini adalah suatu keringanan yang diberi oleh Allah kepada hambaNya dalam segenap masa bagi orang musafir, senang atau susah asalkan melebihi dua marhalah.

Permulaan musafir ini dikira setelah kita keluar kawasan, sama ada melalui sungai, parit, kota sempadan atau kawasan yang sudah tidak ada bangunan lagi. Akhirnya musafir ialah apabila kita memasuki kawasan permulaan musafir tadi.

Solat jama' dan qasar boleh dilakukan apabila perjalanan seorang musafir tidak kurang dari 60 batu atau 100 km walaupun ada khilaf ulama dalam penentuan jarak jauhnya. Jadi, untuk berhati-hai, eloklah dikira dari 60 batu.

Di antara dua solat jama' tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam, teruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat sahaja. (Solat jama' dengan satu kali azan dan dua kali iqamat).

Orang yang melakukan solat qasar tidak boleh berimamkan orang yang bersolat sempurna (tamam).

Apabila seseorangitu sudah sampai ke kawasan permulaan ia bertolak tadi, maka selesailah solat jama' dan qasarnya. Ertinya ia tidak boleh lagi mengerjakan solat secara qasar dan jama'.

Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada satu tempat selama 4 hari atau lebih, maka putuslah safarnya. Tapi, sekiranya ia hendak berhenti di situ selama tiga hari, maka bolehlah solat jama' dan qasar. (iga hari itu tidak termasuk hari sampai dan hari keluar.)

Seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari, tapi kerana urusan tidak selesai dari sehari ke sehari, maka ia diharuskan jama' dan qasar sehingga 18 hari.

Seseorang itu tidak diharuskan solat jama' dan qasar jika bermusafir kerana sesuatu maksiat.

Bagi mereka yang hendak mengerjakan solat jama' ta'khir hendaklah berniat lebih awal; jangan sampai di akhir waktu baru berniat.

Perjalanan seseorang musafir hendaklah tentu dan ia tahu ke mana arah tujuannya. Jika ia tidak tahu ke mana hendak diarahkan perjalanannya itu, maka tidak boleh jama'/qasar.

Kemudahan solat jama' (jama' sahaja) juga diberikan kepada ahli karyah yang ingin mengerjakan solat berjamaah apabila hujan lebat. Kampung itu pula merupakan satu kawasan yang biasanya lecah dan becak dengan syarat ada hujan pada awal kedua-dua solat (zuhur dan asar atau maghrib dan isya') dan di antara keduanya dan pada salam solat pertama. Tidak mengapa kalau sekiranya hujan itu berhenti di pertengahan solat pertama atau di pertengahan solat yang kedua.

26 muharram 1430H

Thursday, January 22, 2009

Mengimbaskan kembali Seni Khat.

Assalamualaikum.

Masa sekolah dulu aku selalu gak menulis dan mengukir khat ni. tak la pro sangat, cuma tahu sikit-sikit jer. tengok khat yang lawa-lawa boleh menyejukkan hati dan pemandangan. seni khat ni payah kalau bukan ahli seni. tangan mesti ada kelebihan yang Allah beri.
Sekarang tak tahu la, dah lama aku tak menulisnya. malah menulis dalam jawi pun dah lama tak praktik. dulu menulis dalam jawi cam biasa jer. sekarang ni tak tau la. masa kat kampung dulu penah jugak nak hiaskan dinding masjid kat kg aku tu. tapi bila dah bekerja sana sini, abaikan je la.. tengok la, kalau ada suatu hari nanti.
Adik aku yang belajar kat tahfiz Kuala Kubu Baru tu, dia pandai khat jenis Parsi.
Nanti boleh dia buatkan hiasan dinding kat masjid tu.
kat tepi atas ni adalah khat jenis dewani. (mungkin jalli dewani)dan harimau tu jenis custom (bentuk ini tidak digalakkan kerana bentuk benda bernyawa).

wassalam. 22/1/2009

Tuesday, January 20, 2009

Cecah umur 30 tahun dahh..

Assalamualaikum..

5 JAN 2009 adalah hari lahir aku. sekejap jer rasanya, umur dah masuk 30. tua dah datang laa... hari lahir hari tu, bini aku ada bagi present beb.. heheh.. aku dapat buku dan CD doa-doa pilihan. CD dan buku tu adalah keluaran maahad tahfiz Pulai Condong.
Alhamdulillah.. dapat la buku dan CD yang berguna.. kalau ada masa aku akan konsikan disini nanti.. korang download la nanti.. hehe.

TQ isteriku..
catatan harian.
21/1/2009

Friday, January 16, 2009

Komen yusrialjambuli.blogspot.

assalamualaikumm...
Tajuk:Gelaran keturunan
Komen:lebih kurang gini:gelaran untuk menaik pula ada ke tak? Cth: mak ayah-atuk nenek- Mok Wo Pok Wo- dan seterusnya.
Jawapan: setakat ini tiada gelaran selepas Mok WO dan Pok WO. "WO" adalah istilah paling tinggi bagi ke atas. selain itu saya rasa tidak ada. kalau-kalau ada boleh la berkongsi bersama disini.
wasssalam.
19 muharram 1430

Green Light to Holiday

Assalamualaikum...

chinese new year come back. who don't go holiday and celebrate this season.
CNY on 26 and 27 Jan will going on Monday and Theusday. Then Wednesday, Thursday and Friday become working day. if i do not get permission from my boss, it mean i got 4 day to holiday. emmm... 3 days after the CNY must be fill with another holiday. ican try... this posting is related from my last post from title "Hari Raya Cina Nak Kelik Atau Tak Nak".

This posting i can try to explain to you all why i cannot sure go to holiday. This morning i told to my colleage (peg sains C41)about my permission a holiday. and he tell me, you can try get green light from my no.2 boss (C48).

so, i go to C48 and explain to her abaout my opinion. She give me THE GREEN LIGHT to me too. Alright, it become my dream. i met my Boss with little smile and give her a form with sign done by C48. yeeeaaaahhh. Holiday is mine. Now, i got 7 days to out from my station with my holiday.
In my plaining, i should be visit to my father& mother in law's house first in Bangi and second round back to my village at Pasir Mas. All Planning is be come true..

I Got U
Wasssalam
16/1/09/ friday/
19 Muharram 1430H

Tuesday, January 13, 2009

Perjalanan Cukup Jauh

assalamualaikum..

perjalanan dari Johor Bharu Ke Pasir mas mengambil masa 12 jam walau pun memecut lebih 100 Km/j.
JB - Kota Tinggi - mersing - Pekan - Kuantan - Kuala terengganu - Jertih - Pasir putih - pasir Mas.
sekali lagi aku akan cuba balik melalu jalan JB - segamat dan terus ke Pekan.

satu lagi cara ialah balik umah mak mertua dulu di Bangi.
perjalannanya JB- bangi mungkin dalam 3 jam. bangi ke Pasir mas mingkin 7 jam lebih.
Mana satu jalan yang patut akau ikut ni?? tolong..