Friday, December 11, 2009

"Baloh"


Mungkin jenerasi akan datang tak tahu apa itu baloh? jenerasi sekarang pun ramai yang tak tahu apa itu baloh.
Orang tua tua dulu, dimana zaman kilang padi belum ada, hanya lesung kaki jer ada. maka penyimpanan padi adalah dalam baloh. Baloh biasanya tertutup rapat untuk mengisi padi sepenuh yang mampu. hanya ada satu jendela sahaja untuk keluar masuk bagi tujuan menyimpan dan mengambil padi.

masa itu padi disimpan sehingga setahun, kerana penanamannya hanya sekali dalam setahun pada zaman itu. penulis sempat melihat abah dan ma menyimpan padi dalam baloh. bila beras kehabisan, maka ma akan jemur padi dibawah panas mentari.masa tu penulis dan adik2 kene jaga padi yang sedang dijemur takut2 dimakan ayam dan itik.

lepas itu abah akan masukkan dalam guni untuk dibawa ke kilang mesin padi.
panjang ceritanya bila mengimbas kembali cerita masa bebudak dulu.
Gambar di atas adalah baloh abah yang telah uzur dan tak digunakan lagi.....

sekian.

No comments:

Post a Comment