Tuesday, April 21, 2009

MB UMNO punya hal

Adnan perlu bayar RM63 juta dalam 14 hari
KUANTAN 21 April (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini mengeluarkan perintah mandamos terhadap menteri besar Pahang, Dato? Seri Adnan Yaakub supaya membayar pampasan sebanyak RM63 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd (SGM) dalam masa 14 hari.

SGM sebelum ini menyaman kerajaan negeri Pahang kerana enggan mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat berkenaan untuk mengeluarkan saki kayu balak diatas tanah milik Umno Bahagian Pekan di Mukim Bebar.
Pertikaian SGM - Kerajaan negeri gagal diselesaikan dan akhirnya syarikat berkenaan membawa kesnya ke mahkamah Tinggi, Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada SGM.

Berikutan itu kerajaan negeri diarah membayar sebanyak RM60 termasuk faedah kepada SGM tetapi kerajaan negeri tidak pernah membuat apa-apa pembayaran kepada SGM.
Ekoran itu SGM menyaman kerajaan negeri dan akhirnya dengan memohon perintah mandamus dikeluarkan keatas menteri besar Pahang sebagai ketua pentadbir negeri Pahang.
Pengarah SGM, Syed Ali Badruddin ketika dihubungi berkata, dengan keputusan yang dikeluarkan Yang Amat Arif Datuk Abdul Halim Aman itu membukti kerajaan negeri jelas dengan serius telah mengingkari perintah yang dikeluarkan mahkamah tinggi.

Kerajaan negeri, katanya tidak pernah mendapat apa-apa kebenaran untuk menangguhkan pembayaran kepada SGM dan perintah mandomos ini adalah yang terakhir dikeluarkan mahkamah.

Menurut Syed Ali, beliau berharap kerajaan negeri akur dengan keputusan mahkamah.
Beliau juga menggesa Perdana Menteri baru, Dato? Seri Mohd Najib Razak supaya tidak ?lepas pandang? terhadap tindak tanduk pemimpin kerajaan negeri Pahang yang mencemarkan imej baik sebuah kerajaan yang menghurmati undang-undang.

"Perdana Menteri perlu memberi perhatian terhadap isu perundangan yang membabitkan kerajaan dengan pelabur (SGM), Isu berkenaan membabitkan imej kerajaan negeri dimata para pelabur dan ia diberi perhatian serius oleh para pelabur sebenarnya," ujarnya.
Sementara itu, PAS Pahang menyifatkan kegagalan kerajaan negeri tunduk kepada arahan mahkamah adalah serius dan memalukan rakyat keseluruhanya.
Bendahari PAS Negeri, Musanif Abdul Rahman berkata, setiap hutang mesti dibayar dan begitulah juga dalam isu berkaitan, kerajaan negeri yang telah didapati bersalah oleh mahkamah perlu menjelaskan bayaranya.

Isu SGM- Kerajaan negeri ini menjadi pengajaran kepada semua pihak kerana ia melibatkan politik -perniagaan.
Difahamkan SGM membeli kawasan balak daripada Umno bahagian Pekan seluas 10,000 ekar di mukim bebar, Pekan.
Pertikaian bermula apabila Jabatan Hutan Negeri Pahang menahan SGM daripada meneruskan kerja pembalakan. Malah jabatan berkenaan tidak mengiktiraf plan asal yang didakwa sah oleh SGM.

SGM pada asalnya menyaman Umno Pekan namun keduanya akhirnya menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah.
Desas desus mengatakan pertikaian SGM - kerajaan negeri berpunca daripada politik balak yang melibat pihak atasan yang berakhir dengan kerajaan negeri terpaksa menanggung beban. azm _

No comments:

Post a Comment