Thursday, January 22, 2009

Mengimbaskan kembali Seni Khat.

Assalamualaikum.

Masa sekolah dulu aku selalu gak menulis dan mengukir khat ni. tak la pro sangat, cuma tahu sikit-sikit jer. tengok khat yang lawa-lawa boleh menyejukkan hati dan pemandangan. seni khat ni payah kalau bukan ahli seni. tangan mesti ada kelebihan yang Allah beri.
Sekarang tak tahu la, dah lama aku tak menulisnya. malah menulis dalam jawi pun dah lama tak praktik. dulu menulis dalam jawi cam biasa jer. sekarang ni tak tau la. masa kat kampung dulu penah jugak nak hiaskan dinding masjid kat kg aku tu. tapi bila dah bekerja sana sini, abaikan je la.. tengok la, kalau ada suatu hari nanti.
Adik aku yang belajar kat tahfiz Kuala Kubu Baru tu, dia pandai khat jenis Parsi.
Nanti boleh dia buatkan hiasan dinding kat masjid tu.
kat tepi atas ni adalah khat jenis dewani. (mungkin jalli dewani)dan harimau tu jenis custom (bentuk ini tidak digalakkan kerana bentuk benda bernyawa).

wassalam. 22/1/2009

No comments:

Post a Comment